Followers

Wednesday, February 12, 2014

Oh Doa! Apakah Salahnya Gunakan Yang Terbaik


Tentang doa, sudah lama ana ingin poskan tentang ini. Baru berkesempatan untuk menulis. Sekadar pandangan dari diri yang hina ini....

Ahmad selalu berdoa agar dipanjangkan umurnya.

Apalah salahnya jika dia berdoa:

“Ya Allah, jika dengan memanjangkan umurku itu adalah yang terbaik buatku, kau panjangkanlah umurku. Dan jika dengan mengambil nyawaku itu adalah yang terbaik buatku, kau ambillah nyawaku dengan cara ……………….(ikut kehendak masing)


Apalah gunanya umur yang panjang jika hidup kita terus bergelumang dengan dosa.

Amri menyukai Alia kerana sifat dan agama yang ada padanya. Lalu dia berdoa supaya Alia dijadikan jodohnya.

Apa salahnya jika Amri berdoa:

Ya Allah, jika dia (Alia) adalah yang terbaik buatku, Kau jadikanlah dia sebagai teman hidupku di dunia dan di akhirat-Mu ya Allah.

Mungkin seseorang yang kita nampak sifatnya yang beragama itu adalah baik buat kita tetapi sebenarnya bukanlah yang terbaik. Kita tak tahu jodoh kita yang terbaik di antara yang baik buat kita.

Balqis mempunyai sahabat baik dan telah bertunang dengan Salman. Sahabatnya selalu mendoakan Balqis supaya Balqis akan mendapat jodoh yang baik dan bertanggungjawab.

Apa salahnya dengan ikatan pertunangan itu, sahabatnya berdoa:

Ya Allah, jadikanlah tunang sahabatku itu menjadi jodoh yang terbaik buat dirinya. Jadikanlah tunangnya itu (Salman) seorang yang baik dan bertanggungjawab buat sahabatku.

Jika janji pertunangan telah dimeterai, mengapa perlu meminta seolah-olah tidak redha dengan pertunangan tersebut. Apalah salahnya jika pertunangan itu kekal hingga ke gerbang perkahwinan.
 

Ali dan Asmah yang telah berkahwin masih tidak mempunyai anak walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Lalu mereka berdoa agar dikurniakan anak dan zuriat.

Apa salahnya jika mereka berdoa

Ya Allah, sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik buat kami. Jika dengan tidak dikurniai zuriat ini adalah yang terbaik buat kami, kami redha dengan ketentuan-Mu. Dan jika dengan dikurniakan zuriat itu adalah yang terbaik buat kami, Kau kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah.

Kita tidak tahu apa yang terbaik buat kita. Mungkin ada sebab yang terbaik yang Allah sediakan buat kita dengan tidak mempunyai zuriat. Kita tidak tahu sebabnya...

Sekadar renungan: Jika kita berdoa dengan perkataan yang “Terbaik”, insyaallah kita akan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya. Wallahualam….

Thursday, February 6, 2014

Kotor vs Peribadi Muslim = Cermin Diri Bagi Umat Islam



Assalamualaikum..
Sebentar tadi saya berkesempatan pergi ke tandas sebuah masjid.Amatlah mengecewakan hati saya apabila melihat kualiti tandasnya yang tidak memuaskan (macam familiar bukan?).

Apabila saya sebutkan tentang kualiti kebersihan tandas yang tidak memuaskan ini,bukanlah bermaksud tandas itu dipenuhi tahi yang berpeleseran di merata-rata tempat.Bukan begitu tuan-tuan,tolong kecilkan sedikit skop pemikiran anda.

Tetapi apa yang saya maksudkan ialah ia kurang memuaskan,Kerana sebagai sebuah rumah Allah yang terletak dalam sebuah negara Islam yang di anggap maju.Situasi seperti ini boleh diketegorikan sebagai sesuatu yang amat mengecewakan untuk dilihat kerana keadaan tandasnya yang sebegitu.

Maafkan saya kerana tidak mengambil gambar.Mungkin akan ada orang yang berkata "Biasalah tu bro.Lu jangan kusut sangat, isu tandas pun nak bising." Ya betul..tapi kita ingat yang suka pada kekotoran itu hanyalah syaitan. Jangan kita ambil mudah dan enteng perkara ini. . Masih ingat lagi pesan Rasulullah? “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil”
Tetapi,kita kena ingat.Kita orang Islam.Islam tidak mengajar umatnya bersifat pengotor.Islam mengajar umatnya menjadi seorang pembersih.Kerana seseorang yang pemalas dan pengotor itu,sebenarnya secara perlahan-lahan sifat buruknya itu bakal membentuk jiwa dan peribadinya.

Lagipun,kekotoran itu sifat syaitan.Itulah sebab mengapa Islam begitu menitikberatkan kebersihanJika kita lihat secara rambang di Malaysia.Tandas awamnya,Ya Allah.Begitu kotor.Apakah itu?Kita sibuk membuat kempen kebersihan dan sebagainya.Tetapi seakan tidak memberi kesan.Sebenarnya kesilapan ini berpunca dari rumah lagi.

Di masjid juga sama (tidak semua).Bayangkan,masjid tempat kita bersembahyang,rumah Allah,tetapi tergamak kita untuk tidak menjaga kebersihan ruangan tandasnya.

Hurm.Saya sudah membebel panjang.Harap anda faham apa yang ingin disampaikan tentang isu tandas ini.Cermin diri sendiri sebelum hendak emosi terhadap saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.