Followers

Saturday, December 28, 2013

3 KESALAHAN YANG MENYEBABKAN EJAKULASI PRA-MATANG

 
Apa itu "Ejakulasi Pra-Matang"?

Dari segi definasi mengikut International Society For Sexual Medicine, ejakulasi pra matang ada tiga ciri-ciri utama iaitu;
  • Ejakulasi yang berlaku dalam lingkungan masa satu minit atau kurang selepas penetrasi ke dalam vagina.
  • Tidak dapat mengawal atau melambatkan ejakulasi ketika penetrasi.
  • Memberi impak negatif kepada lelaki dan pasangannya, misalnya ketegangan hubungan, stress dan kemurungan. Kesannya, hubungan seksual boleh menjadi regang. 
Menurut penelitian, jumlah waktu yang diinginkan sejak penetrasi hingga ejakulasi sebenarnya hanya 7-13 minit. Cukup singkat, bukan? Namun kenyataannya, waktu sesingkat itu pun sering tak tercapai kerana pasangan terburu ejakulasi atau ejakulasi pra-matang. 

Sebelum merasa putus asa kerana si dia kerap ejakulasi pra-matang, sebaiknya kenali dulu gaya bercinta Anda. Boleh jadi ada kesalahan yang anda berdua lakukan sebagai pasangan:

1. Masturbasi sebelum seks
Banyak orang yang mengatakan bahawa melakukan masturbasi sebelum bercinta boleh membuat lelaki tahan lebih lama saat bercinta. Siapa kata? Setiap kali melakukan masturbasi, lelaki melepaskan sejumlah besar air mani dan hormon. Hormon-hormon ini memerlukan waktu untuk membangun kembali hasrat dan daya tahan bercinta, serta membentuk air mani di dalam testis. Jadi, minta agar dia tidak masturbasi sebelum bercinta.

2. Tidak fokus 
Jika pikiran Anda melayang kemana-mana dan tidak fokus pada hubungan seks yang dilakukan, jangan pikir pasangan tidak akan mengetahuinya. Hal ini akan terlihat, kerana Anda tidak benar-benar menikmatinya. Boleh bertahan lama di tempat tidur, kerana pikiran melayang ke berbagai hal, hanya akan membuat kenikmatan semu yang tak menyenangkan. Akibatnya, si dia pun merasa tak nyaman. Ketika bercinta, fokus dan nikmatilah momen tersebut. Jangan memikirkan hal lain sehingga benar-benar boleh menikmatinya bersama pasangan.

3. Jarang berhubungan seks
Banyak yang mengira, terlalu cepat mencapai klimaks disebabkan lelaki tersebut terlalu sering berhubungan seks. Namun yang terjadi boleh jadi justru sebaliknya. Kemungkinan besar, lelaki mengalami ejakulasi pra-matang kerana ia bukan termasuk orang yang aktif secara seksual. Meskipun mungkin frekuensi bercinta Anda semakin berkurang dikeranakan kesibukan, tidak bererti ia tidak memerlukannya. Ia akan begitu excited ketika akhirnya anda berdua cukup punya waktu untuk melakukannya. Namun, butuh banyak energi untuk akhirnya menjalani sesi bercinta tersebut. Foreplay-nya saja sudah cukup menguras energinya, sehingga ketika ghairah anda akhirnya muncul, ia justru mulai menurun.

Sekian.

Sedikit Peringatan Untuk Semua (Artikel Yang Panjang Tidak Semestinya Membosankan)

 

 PERHATIAN : Sila baca artikel ini sehingga penghabisan untuk mendapatkan idea yang ingin disampaikan.Jangan malas untuk membaca.Orang yang malas itu adalah orang yang rugi.Menonton filem boleh berjam-jam.Apa salahnya meluangkan masa 10 minit untuk artikel yang tidak seberapa ini.Insya-Allah kita akan mendapat kebaikan bersama-sama.

Assalamualaikum..
Ini merupakan zaman internet.Ada pro-kontranya.Pandai mengguna,baiklah hasilnya.Jika diguna dengan niat jahat,buruklah hasilnya.Kita kini mempunyai perkhidmatan blog.Bagus perkhidmatan ini.Ramai yang menulis.Blog ini banyak jenisnya.Ada blog politik,blog ilmu,dan blog peribadi.

Menulis blog tidak memerlukan ilmu tinggi.Sesiapa juga boleh menulis blog.Apa-apa topik juga boleh ditulis.Anda mahu menulis fitnah juga boleh.Apa-apa sahajalah pendek kata.Dari pelajar,guru,pekerja kerajaan, businessman, malah tukang kebun juga mahu menulis blog.Masing-masing hendak mempunyai blog sendiri.Tidak mengapa.Tidak salah..

Tetapi yang menjadi salahnya apabila blog itu ditulis dengan niat yang tidak betul.Kita orang Islam kena ingat.Setiap perbuatan kita baik yang kecil atau besar akan dihitung dan dicatitkan pahala dan dosanya.Oleh itu menulis itu biarlah dengan niat yang baik.

Baiklah.Mari kita tinjau 3 jenis kategori blog yang biasanya ditulis oleh kita semua.

Blog Politik

Saya tidak tahu mengapa,ramai benar dari kita berminat dan berkeyakinan sungguh menulis blog tentang politik.Hendak kata mereka itu orang yang berkelayakan,tidak juga.Mereka menulis seperti mereka ini yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa besar tempatan.Mereka menulis seperti pihak yang terlibat itu secara langsung menceritakan kepada mereka apa yang berlaku.

Tetapi menurut perhatian saya,kebanyakan dari mereka yang menulis blog kategori ini,kebanyakan dari mereka tidak mengetahui adakah kebenaran sesuatu berita yang mereka sampaikan itu.Malah mereka dengan konfiden-nya memaki hamun pihak yang terbabit dalam berita atas angin itu.

Sedikit teguran ingin saya beri kepada mereka-mereka ini.

Janganlah terlalu taksub dengan fahaman politik anda sehingga anda menulis berita yang tidak diketahui kebenaran.Tahulah anda bahawa menyebar berita palsu dan buruk tentang orang lain itu adalah berdosa.Boleh jadi memfitnah jika tersilap langkah.

Tidak perlu anda melebih-lebih menulis blog lebih daripada ahli politik itu sendiri.Anda jika hanya sekadar mendengar-dengar dari mulut ke mulut berita tersebut,tolonglah jangan sebarkan.Khabar angin seperti ini hanya boleh merosakkan pemikiran masyarakat.

Dan seperkara lagi,perasankah anda.Di dalam suatu blog politik yang biasanya agak terkenal,pasti akan ada komen-komen di bawah artikelnya di mana,berbalah-balahlah penyokong-penyokong parti tentang mana satu pihak yang betul.

Pada saya ini tidak betul.Apa guna kita berlawan dan berbalah di bawah itu?Dan kebanyakan yang berbuat begitu adalah umat Islam.Malu saya.Kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana suatu yang tidak diketahui kebenarannya.Hanya kerana sesuatu yang diputar belit faktanya.

Bagi yang menulis blog politik seperti ini pula,gunakanlah akal.Anda fikirlah sedalam-dalamnya.Anda menulis blog itu,tetapi dalam masa yang sama,artikel anda itu menjadi punca perbalahan umat Islam yang lain.Anda rasa-rasa,dapat pahalakah perbuatan anda itu?

Islam itu bukan hanya tertakluk kepada politik semata.Islam itu cara hidup.Islam itu seluruh hidup kita.Adalah lebih baik kita menulis tentang sesuatu di luar tema politik.Sesuatu yang dapat membangkitkan kesedaran umat Islam.Dari kita menulis tentang politik yang secara jelasnya akan mewujudkan perbalahan sesama kita.

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan tema tulisan.Buka minda anda.Jangan fikir satu sudut sahaja.Itulah pentingnya ilmu.Apa yang kita baca setiap hari itu,akan membentuk jiwa kita.Jika kita setiap hari mencari blog-blog politik yang penuh dengan kedengkian dan hasad,hasadlah jadi peribadi kita.

Benar! Saya sendiri merasainya satu ketika dahulu.Saya membaca blog-blog seperti ini.Namun kemudian,saya berfikir,apa motifnya saya membaca blog-blog seperti ini? Fitnah dan pemakian sahaja yang ada.Apa yang dapat diberi kepada umat Islam dan umat manusia keseluruhannya melalui penulisan itu?Apakah kesan ilmiahnya?

Jawapannya hanya satu.Tetapi boleh diterjemah ke dalam pelbagai kata.Jawapannya adalah tiada,kosong dan nothing.

Seperkara lagi tentang penulis blog-blog politik ini,mereka apabila berbicara,mereka berbicara seperti orang-orang bijak belaka tanpa memikirkan betul atau tidak perkara yang ditulis itu.

Satu teguran dari saya.Janganlah kita terlalu obses dan mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin politik itu.Mereka juga manusia.Bisa melakukan kesalahan.Jangan apabila mereka melakukan kesalahan/dikritik, kita yang tiada kena mengena dengan mereka ini bersungguh-sungguh mempertahankan mereka dengan mencari balik kesalahan pihak yang menuduh mereka.

Sehingga ada yang memaki hamun di dalam blog untuk pemimpin mereka.Cuba berhenti seketika dan berfikir.Ke manakah kewarasan kita menghilang semasa menulis?Adakah itu tujuan kita hidup di muka bumi ini?Adakah itu tujuan kita diciptakan Allah SWT? Memikirkan tentang parti politik kita 24jam? Adakah hidup hanya sekitar politik?

Maafkan saya jika pendapat saya ini salah.Saya sedar saya ini manusia biasa.Jika salah betulkan.Tetapi saya menegur pihak-pihak yang terlalu obses dan menulis tanpa menggunakan akal fikiran itu.

Sehingga ada yang meng edit-edit gambar pemimpin parti politik dengan gambar-gambar lucah yang hina lagi jijik.

Apakah itu?Anda pernah melihatkah mereka membuat seperti itu?Jangan saudara.Jangan menyebar fitnah.

"... dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..."
(surah Al-Baqarah 191)

Jangan kerana terlalu taksub dengan dunia politik itu,kita hilang kewarasan.Nabi Muhammad SAW tidak menyuruh kita menjadi radikal atau fanatik.Nabi Muhammad SAW itu sendiri keperibadiannya sederhana dalam segala aspek.Orang yang berlebih-lebihan ini senang mendapat dosa.

Jika kita tidak tahu sesuatu perkara itu dengan tepat,adalah lebih baik kita mendiamkan diri.Sesungguhnya orang yang mendiamkan diri itu tidak semestinya bodoh.Dan orang yang melontarkan kata-kata itu tidak semestinya bijak.

Dan jangan kerana tulisan kita itu,orang bukan Islam semakin menjauhi Islam kerana melihat kita berbalah sesama sendiri.Anda fikirkanlah ya..Ambil masa.Ketepikan peribadi dan emosi.Pasti anda akan ketemui kewarasan kembali.

Mari kita tinjau blog kategori kedua pula.

Blog Penulisan Ilmu Agama

Blog-blog penulisan agama ini memang baik.Jika kita niatkan penulisan kita kerana Allah dan supaya ia dapat menyedarkan orang ramai, maka pahalalah untuk kita.Insya-Allah..Tetapi,dalam kita menulis itu,pastikan sumber-sumber yang kita gunakan itu benar-benar sahih dan tepat ilmunya.

 Adakah kita terfikir bertapa besar dosa yang akan kita dapat jika apa yang ingin kita sampaikan kepada pembaca adalah silap? Bagaimana jika ada diantara orang-orang yang baru ingin berubah ini mengikut apa yang kita paparkan dan ternyata fakta serta ilmu yang ingin kita sampaikan itu adalah dari sumber yang salah a.k.a tersilap? Kita secara tidak sengaja menyesatkan mereka-mereka itu walaupun niat kita adalah untuk kebaikkan.
Banyakkan kajian dahulu sebelum menulis.Banyakkan pembacaan dan google tentang maklumat-maklumat artikel kita itu.Kerana ada sesetengah blog yang diragui kebenaran artikelnya itu.

Dan untuk kita para pembaca pula,kita hendaklah berfikir sebelum menerima sesuatu ilmu agama dalam blog itu.Jangan hanya terima sahaja.Ini supaya kita benar-benar pasti akan kebenaran artikel itu dan yakin akan ilmu yang ada.Lantas memudahkan jiwa dan fizikal kita beramal dengan ilmu itu.

Sejak akhir-akhir ini,terdapat juga blog-blog yang memaparkan artikel-artikel tentang peristiwa akhir zaman dari sudut perspektif Islam.Memang bagus niat kita semua dalam menulis itu.Tetapi sebagai pembaca,jangan terlalu liberal atau terbuka dalam menerima ilmu itu.Kerana saya pernah membaca beberapa blog yang diragui kebenarannya.

Itulah kepentingan akal dan ilmu.Fikir dahulu sebelum kita mengambil sesuatu ilmu itu.Jangan tersilap langkah.Tersilap langkah boleh membawa mudarat.

Tetapi tidak semua blog begitu.Kebanyakan blog-blog seperti ini penulis-penulisnya sudah mengkaji kebenaran artikel mereka sebelum ditulis.Tetapi,tetap perlu berfikir dan berwaspada.Satu lagi teguran untuk blog-blog keagamaan ini (maafkan saya).Jika boleh,janganlah diletakkan auto-play untuk lagu-lagu nasyid.

Memang bagus kita pasang auto-play.Tetapi di sesetengah kawasan yang kelajuan internetnya perlahan(seperti tempat saya) tidakkah mereka akan terkejut jika tiba-tiba mereka sedang membaca,kedengaran bunyi audio?

Dari hendak membaca dengan baik,mereka telah memaki hamun lagu-lagu itu.Padahal,lagu itu bertujuan menginsafkan.Betul bukan apa yang saya cakap?

Fikirkanlah...

Kemudian mari kita tinjau blog yang ketiga dalam kategori blog favourite.

Blog Peribadi

Blog ini sering ditulis remaja khususnya.Beberapa teguran yang ingin saya beri (walau diri dan blog ini pun tidak seberapa sempurna) kepada mereka dan juga diri sendiri.Kita sebagai remaja.Gunakanlah masa kita dengan baik.Janganlah menulis perkara-perkara kosong sahaja di dalam blog.Marilah menukar persepsi kita.Gunakan akal.Mulakan pembacaan dan penulisan artikel-artikel yang berat.

Mulalah menulis tentang isu serius dalam masyarakat.Isu serius dalam dunia.Penulisan seperti ini dapat membuka minda kita dan orang lain menjadi seseorang yang lebih matang.Bergelak ketawa boleh.Tapi sampai bila? Dunia hendak sudah pun kiamat dalam bahasa kasar.Cukup-cukuplah kita membuang masa.

Dan bagi wanita atau gadis pula,jika hendak menguploadkan gambar ke dalam dunia maya ini,fikirkan dahulu ayat saya di bawah ini.

-Tahukah anda jika anda membuat aksi-aksi camwhoring dan meletakkannya di dalam blog/Facebook dll itu,gambar itu bakal ditonton oleh berjuta lelaki pervert di dalam internet?

-Ya,anda memanglah memakai tudung.Menutup aurat.Tetapi jika anda membuat muka yang comel itu,tetap akan menarik perhatian lelaki-lelaki pervert.Mahukah anda ditonton oleh mereka yang kegersangan ini?

-Tahukah anda,setiap kali anda menguploadkan gambar di dalam internet,walaupun setelah anda memadamkannya nanti,gambar itu akan kekal di dalam simpanan Google selama 3 bulan?

-Adakah anda tahu bahawa ramai lelaki yang akan memuat-turun download gambar-gambar anda yang comel itu ke dalam komputer peribadi mereka.Malah jika nasib anda lebih teruk,mereka akan mencetak gambar anda.

-Dan mereka menyimpannya untuk ditatap. Tidakkah perbuatan anda ini sama sahaja seperti anda menjadi model peribadi kepada lelaki-lelaki yang kegersangan ini?Bezanya,anda tidak nampak dan tidak tahu siapa mereka.Boleh jadi kawan anda sendiri.(ini fakta.sumpah tidak tipu.saya tahulah kerana saya ramai rakan-rakan sebegini) .

-Adakah anda tidak takut jika mereka sharekan gambar-gambar anda di blog mereka?Mereka gunakan gambar-gambar anda untuk membuat satu profile Myspace baru untuk anda? (pernah terjadi kepada kenalan saya) .

-Anda tidak boleh dakwa mereka apa-apa.Kerana sesaat selepas anda menguploadkan gambar-gambar itu ke dunia maya,anda telah mengisytiharkan gambar itu sebagai hak milik dunia.Well,ini zaman moden.

-Jika lebih teruk,mungkin gambar anda akan diedit super-imposed.Benda ini pernah terjadi.Anda sahaja yang tidak sedar.

-Tahukah anda bahawa setiap kali anda menguploadkan gambar ke dalam dunia maya,ia akan disesuaikan dengan nama anda untuk dipadankan dengan search result.Bayangkan jika anda ada gambar tidak pakai tudung,kemudian anda sudah padam.Tetapi setelah sebulan selepas itu,anda google nama anda,dan gambar itu masih keluar di keputusan carian.

-Ingat,ini zaman teknologi.Bakal suami anda mungkin akan meneliti siapakah anda sebelum berfikir ingin berkahwin dengan anda.Bakal majikan anda juga begitu.Hal yang sama kepada kaum lelaki.

-Anda fikir-fikirkanlah.

Itu untuk gambar..

Dan jika anda menulis blog peribadi,janganlah menulis sesuatu yang peribadi secara terbuka.Ingat.Satu dunia membaca tulisan anda.Anda mungkin berfikir jika anda menulis blog,tiada siapa yang bakal tahu.Tetapi sebenarnya dan hakikatnya,audiensnya lagi besar ya.

Itulah sahaja nasihat dan teguran dari saya untuk anda bloggers semua.Juga kepada para pembaca.Juga kepada semua pengguna internet.Ingat.Semasa menggunakan internet,kita tetap orang Islam.Kekalkan adab kesopanan yang diajar Nabi Muhammad SAW semasa melayari internet itu.Jangan bertukar menjadi haiwan sementelah memegang papan kunci dan tetikus.

Ubahlah pemikiran anda.Kita sudah terlalu lama lena semua hanya dunia.Mulalah menulis untuk kebaikan.Carilah ilmu dan kebenaran setiap masa.Agar diri tidak dinodai oleh kegelapan syaitan.
Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Semoga artikel ini membawa kebaikan kepada kita semua.Insya-Allah.Amin.

Assalamualaikum...

Adakah Kita Layak Mendapat Kemenangan Itu?





Assalamualaikum.

pernahkah kita terfikir

atau difikirkan
kenapakah kita tidak diberi kemenangan oleh Allah?

sebelum menjawab soalan itu

tanya kembali diri kita
adakah kita layak mendapat kemenangan yang diharap?

apakah yang kita buat sehari-hari?

adakah kita berbuat apa yang diperintah Allah
adakah ianya cukup untuk melayakkan kita mendapat kemenangan?

mari renung diri


adakah kita bangun untuk
bersolat subuh setiap hari?
jika bersolat pun,khusyukkah kita?

tentang aurat pula

adakah anak-anak kita menutup auratnya?
adakah isteri-isteri kita menutup aurat mereka?
jika memakai tudung,adakah tudung ditutup dengan sempurna?
kita sendiri,adakah menjaga pandangan mata dari perkara haram?

akhlak jangan dicerita

adakah kita menjaga percakapan seharian kita?
apakah perkataan pertama yang disebut apabila perkara buruk berlaku?
adakah kita menjaga hati jiran kita?
mengapakah kita masih mengumpat di belakang orang?

silaturahim sama juga

adakah kita berpegang pada persaudaraan sesama islam?
adakah kita menganggap semua orang islam saudara kita?
adakah kita tidak menghebohkan fitnah terhadap orang?
adakahh kita bermaafan sesama sendiri?

harta pula

adakah harta kita dari sumber yang halal?
adakah kita pasti kita tidak terlibat dalam riba dan sebagainya?
adakah kita jujur dalam perniagaan?
adakah kita menyumbangkan zakat kita?

penggunaan masa juga patut direnungkan

adakah masa seharian kita digunakan ke arah yang betul?
berapa lamakah sehari kita beribadat kepada-Nya?
berapa lama pula kita berhibur memuaskan nafsu?
adakah kita expect untuk mendapat pertolongan-Nya
sedang kita tidak pernah menghadap-Nya?

bagaimana pula dengan ilmu?

berapa banyak salah faham dalam perkara asas Islam itu sendiri?
berapa ramai remaja kita rosak tatkala kita bersembang kedai kopi?
adakah anak kita dijaga dengan elok?

politik juga sama

adakah kita benar-benar berjuang kerana Allah?
atau sekadar polimik kebencian terhadap parti lain?
adakah kita benar-benar mahu menegakkan Islam?
jika benar kenapa bermusuhan?
adakah benar kita ini ikhlas?

tentang isu hari kiamat pula

kita berbicara tentang hari kiamat dan sebagainya
tetapi
adakah kita setelah tahu perkara-perkara itu
kita berubah dan bertaubat kepada Allah?
adakah kita kembali kepada jalan Allah?
atau kita sekadar membaca ilmu-ilmu itu untuk keseronokan?

ingatlah

Allah tahu segala yang disembunyikan kita
dan kepada Allah sahajalah tempat kita bergantung
kerana hanya Allah sahaja yang menguasai hari pembalasan
janganlah berkompromi dalam beragama dan hidup

adakah kita bersyukur kepada Allah?

adakah kita bekerja untuk-Nya?
jika kita tidak pernah bekerja untuk-Nya
kenapakah kita mengeluh tidak dibantu-Nya?

anda fikir-fikirkanlah


berapa ramai dari anak muda sedang hanyut tiap-tiap hari

jahil akan ilmu
tiada rasa malu
sesat dalam dunia kebendaan
sesat dalam arus nafsu
sesat dalam pemikiran hedonisme tiada arah
sesat tanpa agama
sembahyang tiada dijaga
inikah caranya anda expect untuk Allah membantu kita?

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
[As-Saff:10-13]

tanya diri

adakah kita semua berbuat apa yang diperintah Allah dalam ayat di atas?
fikirlah sendiri
kita ini umat akhir zaman
bertaubatlah sekarang
sebelum terlambat

ingat

hidup ini satu pengembaraan panjang
dunia ini sekadar tempat persinggahan
adakah anda fikir selepas dunia ini tidak ada lagi perjalanan?

ada

malah perjalanan masih panjang
tetapi perjalanan seterusnya
bergantung kepada segala perbuatan kita di dunia fana ini
baik buruk
semuanya terletak kepada kita sekarang
hendak berubah atau tidak?
tepuk dada tanya selera

adakah syurga atau neraka yang kita mahu

dan sekali lagi saya ingin bertanya
tetapi kali ini di dalam bahasa Inggeris
do we deserve the victory?


saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya

semoga apa yang ingin disampaikan difahami
tiada guna membaca ini jika masih kekal dalam kegelapan
marilah kembali ke jalan yang benar
hidup dunia ini terlalu singkat untuk dibazirkan waktunya

Assalamulaikum dan Selamat Beramal

Jawapan Mudah Yang Boleh Membawa Kepada Syirik





Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi
kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila
kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

'Uncle sebelah buat apa tu Abah?'


Dan secara amnya, kita akan menjawab... 'dia org tgh sembahyang atau tengah sembah
Tuhan dia' jawapan itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. 'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
tetapi apabila kita memberikan jawapan ... 'Dia tengah sembah Tuhan dia' kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH. Kita memberi gambaran kepada anak kita bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India satu Tuhan, Kristian satu Tuhan...dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain dari kita...

Sedangkan kita mengucap kalimah kita
'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian 'dia sedang sembah Tuhan dia'?

Sekiranya jawapan ini diteruskan..maka anak kita akan terus keliru dengan
konsep dan prinsip syahadah kita 'Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH'

Jawaban yang sebenarnya.

'Anak, pertamanya perlu faham. Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah' ...

Jangan ambil mudah jawapan yang diberikan kepada anak, kerana jawapan yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.


Sekadar mengamalkan 'sampai dan menyampaikan'.


Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari
ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari
kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik..... 


Dipersilakan untuk berkongsi bersama...

Jika Tiada Lagi Esok Bagimu, Apakah Fikirmu


cuba kau fikir
jika hari ini merupakan hari terakhirmu
jika tiada lagi esok dan lusa bagimu selepas ini
jika selepas ini segala-galanya akan tiada lagi bagimu
jika selepas ini kau bakal ditanam di pusara

adakah cukup dirasa amalan selama hidup ini?

adakah cukup segala perbuatan untuk menolong?
adakah cukup segala wang yang dicari untuk menolong?
adakah cukup gelak ketawa rakan untuk menenangkan kau di dalam kubur?

jika dirasa segala jawapan bagi persoalan di atas adalah tidak

jika dirasa segala amal di dunia masih tidak cukup

hentikanlah membuang masa

hentikanlah gelak ketawa tanpa henti
hentikanlah membuat lawak bodoh yang jijik
hentikanlah perbuatan sia-sia
hentikanlah usaha mencari nama dunia mendapat pingat

berubahlah sekarang

bertaubatlah sekarang
baikilah diri sebelum matahari tidak lagi terbit untukmu

kerana sesungguhnya

tiada siapa yang dapat membantu anda di alam lain nanti
melainkan tiga perkara itu
dengan syarat tiga perkara itu baik
tetapi cukupkah itu?

anda fikirlah

Allah kurniakan akal bukan?

semoga usaha kita mendapat keberkatan Allah

semoga dosa lama diampunkan
amin

Assalamualaikum

Ibadat-ibadat Sunat Dapat Menambahkan Ketenangan Jiwa Serta Melatih Diri Menjadi Insan Berperibadi Mulia


Assalamualaikum.

Artikel ringkas ini sudah lama saya draftkan.Sempena hari Selasa yang sejahtera ini saya ingin kongsikan bersama anda.

Seringkali masyarakat di sekeliling kita menyuruh kita melakukan ibadat sunat apabila menjelang bulan Ramadhan.

Ini seruan yang bagus.Tetapi persoalannya,mengapakah hanya ketika menjelang bulan Ramadhan kita terdetik untuk beribadat sunat?

Adakah baki-baki waktu bulan yang lain itu kita tidak mahu menambah amal?Seperti yang kita tahu,hidup ini tempohnya sebentar sahaja.Amat singkat.

Dan,kita mesti mencari peluang beribadat setiap masa.Dan untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah,ikhlas itu amat penting.

Jadi,di sini saya ingin menyenaraikan beberapa ibadat-ibadat sunat yang nampak seperti ringkas sahaja,tetapi pada hakikatnya amat-amatlah berat untuk dilaksanakan bagi kita.

BERPUASA SUNAT

Ibadat sunat ini sebenarnya tidaklah sesusah yang dibayangkan kita.Bagi golongan pelajar misalnya,apa salahnya mereka berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Kerana tempoh dari terbit fajar hingga terbenam matahari itu bukanlah lama sangat.

Ianya ibarat anda mula pergi ke kelas (atau bekerja) hingga anda pulang ke rumah.Kemudian anda menunggu beberapa jam untuk berbuka.

Senang bukan?Pahala dapat,badan pun sihat.

Hikmah berpuasa sunat ini adalah melatih diri kita untuk menahan nafsu.Contohnya pelajar-pelajar di luar negara yang kita semua sedia maklum godaan "mata"nya amat tinggi.

Jadi,jika mereka berpuasa,mereka akan berusaha menjaga pandangan mata mereka.Mula-mula mungkin susah.Tetapi setelah lama berpuasa sunat,mereka akan terbiasa supaya menjaga pandangan mata dan percakapan mereka lantas mendisplinkan diri dalam melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Berpuasa sunat juga dapat memberi kita ketenangan.Kerana kita akan terdorong untuk mengingati Allah dan berzikir terhadap-Nya semasa berpuasa sunat itu.

Dan tentu anda tahu yang doa ketika kita berpuasa mudah dimakbulkan.

Jadi,rebutilah peluang berdoa ketika berpuasa sunat ini.

Selain itu,sebagai tambahan kepada kebaikan berpuasa sunat,kita juga dapat melatih diri melawan nafsu kita.

MEMBACA AL-QURAN DAN TAFSIRNYA

Dengan membaca Al-Quran kita dapat memahami ajaran Islam itu dengan lebih kukuh.Kita juga tidak akan mudah tertipu dengan ajaran-ajaran sesat yang menyalahi agama.

Membaca Al-Quran juga dapat mengingatkan diri kita bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.Akhirat itulah yang kekal abadi.

Malah,kita akan melatih diri kita untuk suka membaca.Nampak bukan?Dua dalam satu.Tidak perlu kita bersusah-payah membuat kempen "rajin membaca" .

Kita juga akan dapat menambah pahala.

Bukan susah sangat.Lepas sembahyang sebagai misalnya,ambillah kitab Al-Quran itu dan bacalah dalam satu muka surat sebagai permulaan.Lama-lama kita akan menambah bilangan muka surat itu dengan sendirinya.

Mula-mula memang payah,lama-lama jadi mudah.

BERZIKIR

Dari kita asyik menyanyi-nyanyi,baik kita lancarkan bibir kita dengan berzikir.Dengan berzikir kita akan sentiasa mengingati Allah lantas menghalang diri kita dari melakukan maksiat atau perkara kemungkaran yang dimurkai Allah SWT.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]

Dengan berzikir kita juga akan menjadi tenang hatinya.Jadi,dari dok memaki-maki jika berada dalam tekanan perasaan itu,baiklah berzikir dan mengambil wuduk.

BERSOLAT SUNAT

Solat sunat yang paling mudah dilakukan kita adalah solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.

Kenapa kita apabila makan,main bola,menonton televisyen dan membaca akhbar sebagai contohnya,kita tidak pernah hendak tergesa-gesa dan rushing?Tetapi apabila tiba waktu bersembahyang kita bersembahyang secepat mungkin sehingga wujud istilah sembahyang ekspress?

Ini merupakan teguran untuk diri sendiri juga.Sedang bersembahyangpun kita masih boleh berfikir tentang makanan di atas dapur dan segalanya.

Cuba khusyuk semasa sembahyang.Kita sembahyang bukan seperti bermain badminton,sebaliknya kita bersembahyang untuk menghadap dan menyembah Allah SWT.Bagaimana boleh kita berharap rahmat Allah jika kita sembahyang tidak fokus.

Sembahyang sunat sebenarnya tidak susah juga.Jika merasa penat dengan tekanan kerja,pergilah ke surau pejabat anda dan dirikan solat dua rakaat.

Pasti tenang.Kita di Malaysia patut bersyukur kerana ada surau disediakan.Jika di negara di mana umat Islam menjadi minoriti,tiada kemudahan seperti itu disediakan.Jadi,rebutlah peluang ini.

Sembahyang sunat juga membolehkan anda merehatkan minda.

Inilah sahaja yang dapat saya senaraikan.Sebenarnya banyak lagi.Seperti bersedekah dan lain-lain.

Tetapi apa yang penting dalam melakukan ibadat ini adalah niat mesti kerana Allah dan mesti ikhlas.Kerana jika ibadat kita itu untuk menunjuk-nunjuk,tiadalah guna ibadat kita itu.

Semoga kita semua sentiasa berusaha merubah diri dan mendekatkan diri kepada Allah.Rebutlah peluang beribadat sementara masih ada kesempatan.

Insya-Allah.

Anda boleh baca di sini untuk melihat hadis tentang ibadat-ibadat sunat lain. [LINK]

Assalamualaikum.

Tuesday, December 24, 2013

Usah Takut Dengan Bayang Sendiri,Marhaen Bukannya Bodoh




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Selamat Pagi.


Penulisan kali ini Pendek sahaja.


Sangat pendek.




Ada lagi 45 Minit sebelum saya perlu pergi ke Kampus.Dan di luar sana Salji sedang menebal.

Bukan itu yang ingin saya tulis sebenarnya Pagi ini.

Sebaliknya,saya ingin menulis disebabkan Pagi ini saya menonton sebuah Video di mana satu Pihak dalam kalangan Rakyat Tanah Air kita menggelarkan Muslimin yang menentang Bashar Al-Assad sebagai 'Pemberontak'.

Hati saya sangat kecewa.

Kecewa yang amat sangat.

Pertamanya kerana - jelas orang yang bercakap di dalam Video itu sangat kurang 'General Knowledgenya'.

Ketika berapa ramai Orang tidak bersalah sudah dibedil Bashar etc,masih lagi Beliau ini menunjukkan sokongan kepada Bashar - dan malah seolah 'melabelkan' Rakyat Syria yang Bangkit ini sebagai Pemberontak.

Logikkah?

Keduanya - kerana Kenyatannya itu memang unacceptable!

Itulah Cerminan kebanyakan Mentaliti Rakyat di Negara kita - masih lagi kurang Maklumat.

Anak Muda perlu Bangkit untuk menjadi Agen Penyebar Maklumat yang Sahih di Negara kita.



Ingat,ini bukan lagi Zaman 1950-an.Percaturan dalam Perlawanan sudah berbeza.

Itu sahaja untuk Pagi ini.

Yang terakhirnya - sebelum saya pergi ke kelas,ingin saya kongsikan beberapa Quote :
1) Isu Datang dan Pergi.Orang yang berjuang hanya berlandas 'Semangat/Isu' semata - pasti longlai langkahnya selepas 'Isu' hilang.Sebaliknya - orang yang berjuang hanya kerana mencari redha Ilahi semata - insya-Allah akan terus melangkah - walau kerap kali terjatuh.

2) Dasar mahu 'mendoktrin' dan 'mempropagandakan' manusia lain dengan Fahaman '1950-an' sudah berlalu,Pakcik.Sudah berlalu.Manusia sudah bijak.

Semoga Bermanfaat.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Seriously agak menjengkelkan apabila 'Orang yang Kurang Tahu' ingin menghalang 'Orang Lain' dari menjadi 'Tahu'.Seriously.

Sunday, December 22, 2013

Bertangguh Ke Arah Kebaikan Hanya Membawa Kita Kembali Ke Arah Kegelapan


Assalamualaikum.

tahun baru
bila didengar sahaja
berduyun-duyunlah manusia memasang azam
kononnya hendak berubah
apa yang hendak diubah tidak dikenalpasti
random semuanya

ada yang hendak kurus
ada yang hendak menjadi pelajar cemerlang
ada yang hendak meninggalkan kesilapan lalu
ada yang hendak berhenti menjadi perokok
dan banyak lagi

memang bagus
tetapi kebiasaannya
selepas seminggu dari "tahun baru" yang digembar-gemburkan itu
azam mula basi

sebenarnya ini berlaku kerana jiwa kita lemah
mudah terpengaruh dengan hawa nafsu

dan untuk mendapatkan jiwa yang kuat
kenalah menguatkan jiwa itu melalui ibadat

azam yang terbaik sebenarnya adalah
untuk meningkatkan ketaqwaan dan amal ibadat kepada Allah
berubah melalui mendekatkan diri kepada Allah
ikhlas untuk mendapatkan rahmat Allah

dengan mendekatkan diri kepada Allah
melalui berusaha lebih khusyuk dalam bersembahyang
berpuasa sunat
dan sebagainya

jiwa kita akan tenang
dan
tanpa kita menyedarinya
kita akan menjawab "tak nak" apabila diajak berbuat kesilapan lama lagi

betul
sememangnya kita manusia sering melakukan kesilapan
tetapi
janganlah berputus semangat
bertaubatlah selalu
kerana sebaik-baik manusia itu
adalah manusia yang sering mengakui kesilapan
dan berazam tidak mengulanginya
dalam erti kata lain
disebut bertaubat

dan
sebenarnya dalam berazam
anda perlu buat
jangan hanya cakap lebat sahaja

dan diingatkan juga
untuk berubah
anda perlu sentiasa bersedia untuk meninggalkan cara hidup lama
kena bersedia berkorban
dan dikritik

kuatkan tekad
walau apa jua dikata orang
stick dengan plan anda
jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja

jika tidak
anda sama sahaja dengan anda yang wujud
seperti hari-hari kejahilan sebelumnya

insya-Allah
semoga mendapat manfaat

Assalamualaikum.

Saturday, December 14, 2013

Akal,Ilmu Dan Perbuatan Mesti Bergerak Seiring.Beremosi Secara Berlebihan Hanya Membawa Kecelakaan.






Assalamualaikum.


Artikel ini tidak tertakluk kepada tajuk di atas sahaja.Skopnya luas.Luangkanlah sedikit masa anda untuk membaca artikel ini.Semoga mendapat manfaat.

Kita sering berjumpa orang yang kelihatan seperti lengkap amal ibadatnya tetapi dia masih lagi melakukan perkara yang tidak disukai Allah SWT.

Contohnya :

- Orang yang sembahyangnya lengkap 5 kali,tetapi apabila menonton perlawanan bola sepak di antara pasukan X dan pasukan Y dia akan melaung-laungkan perkataan BODOH,ANJING dan sebagainya yang anjing sendiri akan malu jika mendengarnya.

-Orang yang menulis blog-blog agama,tetapi apabila tiba masa untuk beliau mengulas artikel orang lain,hampir semua perkataan carutan dan makian akan digunakan oleh beliau.

Dan orang-orang ini setelah melakukan perbuatan maki-carut itu,mereka akan kembali berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Pada saya,mereka ini adalah orang yang gagal mengawal emosi mereka.Ya,cuba anda fikirkan.Kenapa perlu mencarut-carut menonton perlawanan bola?Rilex-rilex sudah brother.

Itu semua dunia sahajalah.Perbuatan anda bermati-matian menyokong pasukan bola itu sebenarnya sedikitpun tidak dapat membantu anda di akhirat kelak.

Malah,anda hanya berpotensi ditumbuk muka oleh orang yang berasa jengkel dengan sifat "bajet owner kelab bola yang bakal kerugian pertaruhan wang 1JutaRM jika kelab kalah" anda.

Sebenarnya,saya pun adalah manusia yang suka beremosi berlebih-lebihan dahulu.Tetapi,apabila anda emosi,itu hanya memudahkan syaitan bagi menghasut anda untuk marah dan mencarut.

Ini kerana,orang yang gagal mengawal emosi,jiwanya amat lemah yang mendorong beliau melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu amarahnya.

Tiada guna anda memaki-maki.Sabarlah.

Malah di dalam Surah At-Takaathur di dalam Al-Quran telah disebut,perbuatan menyayangi dunia melampau boleh membawa padah dan kecelakaan.Yang jika ditukar dalam ayat kasar "takde guna kau obses sangat mencarut-carut,dosa je la weh".

Itu juga sebab kenapa kita umat Islam sekarang lemah.Kita lemah bukan sebab kita tidak beribadat atau apa.Kita lemah kerana kita terlampau sayang kepada dunia.Kita jauh dari ilmu.

Ilmu ini bermaksud bukan ilmu tentang artis hiburan atau gadget apa yang ada di pasaran,tetapi ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang dapat membentuk kita menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.

Dalam kata lain,ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang datang dari Pencipta kita sendiri.Iaitu Kitab Al-Quran.

Saya ingin bertanya,ramai orang boleh membaca buku BIOLOGI,TEKNOLOGI dan lain-lain dari kulit ke kulit,tetapi tidakkah anda berasa malu kerana tidak pernah membaca dan memahami ayat Al-Quran.

Kita hanya mendengar daripada orang apakah isi Al-Quran itu.Cukupkah sekadar mengetahui sedikit sahaja isi Al-Quran untuk berjaya di dunia dan akhirat?

Itulah sebab kenapa kita mudah ditipu dengan khabar angin dan berita-berita palsu yang boleh menggugat akidah.

Kita tiada asas kefahaman agama yang baik.Nasihat saya,marilah sama-sama buka Al-Quran dan memahami maksudnya.

Kemudian,baru-baru ini saya membaca suatu artikel [LINK].

Artikel ini tidak ditulis oleh penulis blog tersebut,sebaliknya diambil dari ruangan ulasan sebuah blog lain.

Artikel ini pada saya ada keruh,ada jernihnya.Ada perkara yang betul.Dan ada juga perkara yang salah.

Contohnya ada suatu ayat di mana seolah-olah paderi itu menafikan kekuasaan Allah SWT.

Pada saya ini tidak betul.Apa yang saya ingin jelaskan di sini adalah,dalam membaca artikel seperti ini,kita perlu berhati-hati.Tidak boleh main hentam kromo sahaja dalam mengambil maklumat.

Ayat saya itu bermaksud begini.Kita kena mencari maklumat dalam mengetahui situasi dunia sekarang ini,tetapi jangan ketakutan kepada musuh Islam itu melebihi ketakutan kita kepada Allah SWT.

Jangan takut.Allah sudah janjikan bahawa orang yang beriman akan sentiasa mendapat rahmat dan dilindunginya.Apa yang perlu kita buat setelah membaca artikel itu sebenarnya adalah mengubah cara hidup kita.

Mengubah cara hidup kita bukan bermaksud berhenti kerja atau sebagainya.Itu kurang akal namanya.

Sebaliknya,mengubah cara hidup kita itu bermaksud janganlah terus hidup berlandaskan nafsu syaitan sahaja.

Ada kawan saya,selepas membaca artikel itu,beliau terus menerus juga membuang masa.Leka.Seperti tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya dan sepatutnya,selepas sahaja kita mengetahui bahawa banyak sudah tanda-tanda kiamat sudah berlaku,kita haruslah meningkatkan amal dan ibadat kita kepada Allah.

Banyakkan bertaubat.Kurangkan menurut nafsu.Kembali kepada Al-Quran dan Hadis.

Jika kita terus menerus hidup dalam sistem nafsu,memang betullah apa yang dikatakan bahawa kita memang umat akhir zaman yang lemah enggan memperbaiki diri.

Kesimpulan yang ada adalah,akal dan ilmu yang kita miliki dan ketahui mestilah bergerak seiring dengan perbuatan kita.Jangan hanya tahu,tetapi tidak buat.Itu sama sahajalah dengan orang yang pergi mendengar ceramah agama,tetapi selepas itu beliau membuka tudung kembali.

Ingat,Allah akan membantu umat Islam.Tetapi bukan sebarangan umat Islam.Umat Islam yang dibantu Allah adalah umat yang beriman kepada-Nya dengan sepenuh hati.

Renunglah kembali apakah maksud menjadi umat Islam itu.Umat Islam (Muslim) itu bermaksud seseorang yang menyerah diri dan jiwanya kepada Allah SWT atau dalam kata lain seseorang yang menurut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya tanpa banyak songeh dan kerenah.Yang hidupnya tidak menurut kehendak nafsu sahaja.

Ini kerana Dialah yang menciptakan kita di dunia ini.Dan kepada-Nyalah kita akan kembali.Jika anda masih tidak tahu kenapa anda diciptakan,kembalilah kepada jalan yang benar.

Mohonlah doa kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk,bukalah Al-Quran dan Hadis,dan rujuklah orang yang berilmu.Dan yang terakhirnya amalkanlah ilmu-ilmu itu.

Ingat,menyayangi dunia secara melampau tidak akan membawa anda ke mana-mana.Janganlah beremosi melampau kerananya.

Dan apa yang anda buat setiap hari sebenarnya membentuk jiwa anda.Jika banyak membaca sampah,sampahlah jiwa.Jika banyak membaca ilmu kebaikan,tenanglah jiwa.

Itu sahaja untuk kali ini.

Harap faham apa yang ingin disampaikan.

Assalamualaikum.

p/s:sesungguhnya saya manusia biasa juga.ini merupakan peringatan untuk diri sendiri juga.jika saya salah sila betulkan.

Mata Hati,Akal,Nafsu Dan Zahir




Gambar di atas merupakan gambar sebuah pulau.

Jika anda melihat melalui mata zahir (mata biasa yang kosong),anda hanya nampak sebuah pulau yang indah sahaja.

Jika anda melihat melalui mata nafsu mengingati wang sahaja,anda mungkin akan berkata "kalau buat resort atau pusat peranginan kat pulau ni mesti dapat duit berjuta" tanpa menghiraukan kesan alam sekitar yang bakal berlaku.

Jika anda melihat melalui mata akal anda akan nampak pulau yang penting untuk keseimbangan ekosistem dan segalanya.

Tetapi jika anda melihat melalui mata hati berserta akal,anda akan nampak suatu pulau yang indah dan berfikir di dalam hati "wah,indahnya ciptaan Allah SWT.Maha Suci Allah.Dia menciptakan dunia yang besar ini.Dia Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja yang Dia mahukan.Betapa kecilnya diri aku ini.Dan teruknya perangai aku ni,dah la mengaku Islam,tetapi masih lagi berterusan meninggalkan perintah-Nya" .

"Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main" [44:38]

Jika anda melihat dengan mata hati berserta akal anda akan memikirkan kebesaran kuasa Allah dan akan insaf dengan kelemahan diri anda.



Begitu juga dengan karipap ini.

Jika anda melihat melalui mata zahir (mata biasa yang kosong),anda hanya nampak karipap.


Jika anda melihat melalui mata nafsu mengingati kekenyangan sahaja,anda akan berkata "WAH!Karipap!Nak makan sekuali la!" Dan makanlah anda tanpa dimulakan dengan nama Allah (Bismillah).

Jika anda melihat melalui mata akal yang suka bertanya,anda akan berkata "bagaimanakah mahu menghasilkan karipap yang lazat ini?"

Tetapi jika anda melihat melalui mata hati berserta akal,anda akan mengucap syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan rezeki untuk anda makan di dunia ini.Anda akan makan dengan penuh kesyukuran dan nikmat.Membaca doa selepas dan sebelum makan.Dengan harapan dengan memakan karipap itu anda akan jadi orang yang lebih mengingati Allah.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". [3:27]

Jadi kesimpulannya,melihatlah dengan mata hati berserta akal yang dikurniakan Allah SWT.

Kerana ianya akan membuatkan anda semakin bersyukur kepada Allah SWT.Ingatlah,di dalam Al-Quran ada menyebutkan bahawa segala yang diciptakan Allah itu sebenarnya ada suatu untuk difikirkan oleh orang beriman.

Janganlah hanya mengingati kepada-Nya ketika susah.Ketika senang,bersyukurlah kepada-Nya juga.

Semoga apa yang ingin disampaikan difahami.

Marilah bermusahabah diri dan merenung kesilapan yang telah dilakukan.

Assalamualaikum.





Perkongsian Laman-Laman Web Ilmu Islamik Bermanfaat

Assalamualaikum.

Saya pasti ramai dari kita pada zaman ini bergantung pada kemudahan internet untuk mendapatkan sesuatu info.Ini kerana internet menyediakan maklumat yang banyak dan kebanyakannya adalah percuma.

Kita hanya perlu membayar bayaran untuk internet secara asasnya.

Seperti anda,saya sebelum ini sering mencari-cari laman web yang bagus dan boleh dipercayai untuk dibaca (dijadikan rujukan) .

Jadi,di sini saya ingin menyenaraikan beberapa laman web yang saya rasa bermanfaat untuk anda.Tinjau-tinjaulah laman web ini.Mana tahu ada yang anda bakal suka.

Kebanyakan dari laman web ini adalah berbahasa Inggeris,tetapi jangan risau.Bahasa Inggerisnya adalah mudah difahami.

Namun,untuk kemudahan anda yang kurang fasih berbahasa Inggeris,saya akan meletakkan beberapa laman web bahasa Melayu di bawah ini.Insya-Allah.


Jika anda mendapati terdapat sebarang keraguan atau ketidak-benaran tentang kandungan laman-laman web di bawah ini,sila maklumkan saya tentangnya.Maklumlah,dunia maya sekarang ini bukankah banyak keraguan dan ketidak-benaran.Kita yang menyedari,hendaklah memberi teguran.

Namun,saya yakin bahawa laman-laman web di bawah ini boleh dipercayai.

Insya-Allah.Selamat beramal.


(Sila klik di atas nama laman web)

The Deen Show (English)
The Deen Show adalah satu rancangan talk-show yang berkisarkan isu-isu Islamik semasa dan persoalan-persoalan yang mengelirukan orang ramai tentang Islam.Rancangan ini juga banyak memaparkan temubual bersama beberapa orang mualaf ternama seperti Loon dan sebagainya.

The Key To Understand Islam (English)
Dalam laman web ini ada dikongsikan beberapa pembongkaran saintifik dalam Al-Quran.Contohnya Teori Big Bang dan sebagainya.Pada saya,sebagai umat Islam kita perlu tahu bukti-bukti saintifik yang terdapat di dalam Al-Quran ini.Kerana ini menunjukkan kebenaran Al-Quran dan Islam itu sendiri.

WhyIslam.Org (English)
Laman web ini memperbetulkan salah faham tentang Islam.Contohnya,salah faham tentang konsep Jihad dalam Islam.Ada diterangkan dalam laman web ini.

Tafsir (English)
Laman web ini bukan sahaja mengandungi tafsir Al-Quran dalam bahasa Inggeris,tetapi juga mengandungi pelbagai ilmu lain.Sebagai contoh,ada diterangkan mengapa di dalam sembahyang kita perlu membaca Surah Al-Fatihah.

Rahman Piczo (English)
Laman web ini merupakan usaha seseorang yang bernama Rahman untuk mengumpulkan maklumat tentang Islam dalam satu laman web.Bagus laman web ini.

Tafsir-Tafsir Al-Quran (Bahasa Melayu)
Ini merupakan post saya yang terdahulu di mana pada akhir post saya ada sertakan senarai link-link tafsir Al-Quran dalam bahasa Melayu.

Koleksi Hadis Sahih (English)
Saya tidak menjumpai lagi sebarang laman web koleksi hadis dalam bahasa Melayu.Tetapi,laman web ini adalah laman web hasil usaha Universiti Islam Antarabangsa Islam Malaysia.Jadi,sumbernya boleh dipercayai.Banyak koleksi hadis yang boleh dijadikan panduan anda.

Khalifahklothing's Youtube Channel (English)
Ini merupakan saluran Youtube yang mempunyai banyak video syarahan agama penceramah-penceramah agama seperti Abdul Raheem Green dan sebagainya.

Islamic Research Foundation (English)
Pertubuhan Islamik yang diasaskan oleh Dr. Zakir Naik.Apa yang menariknya tentang laman web ini adalah anda boleh streaming PeaceTV,saluran televisyen Islamik 24 jam.Mungkin kita tidak tahu,tetapi terdapat seorang anak Malaysia yang terlibat dalam PeaceTv ini.Beliau adalah Hussain Ye.Saya kagum dengan usaha beliau berdakwah kerana untuk pengetahuan anda beliau merupakan seorang mualaf.

dan laman-laman web yang lain adalah seperti di bawah ini :

Questions And Answers About Islam For Non-Muslims
Dr. Bilal Philips
Laman Web Bermanfaat Yang Dicadangkan Oleh Dr. Bilal Philips

Itu sahaja yang dapat saya senaraikan buat masa ini oleh kerana kesuntukan masa.Yang selebihnya insya-Allah akan saya senaraikan bila ada kesempatan dan umur yang panjang lagi nanti.

Menuntut ilmu itu boleh menjadi ibadat jika diniatkan ikhlas kerana Allah.

Selamat beramal.

Assalamualaikum.