Followers

Wednesday, January 15, 2014

Seks Selepas Bersalin





Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

Selepas bersalin, ibu biasanya akan mengalami perkara-perkara berikut:
  • Trauma dengan proses kelahiran - Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.
  • Perubahan hormon dan emosi - Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.
  • Perubahan fizikal - Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.

Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.

Apa yang terjadi kepada keinginan seksual wanita selepas bersalin?

Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut untuk mengandung lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran.

Kebiasaannya, wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.

Adakah kelahiran bayi akan menjejaskan hubungan seks?

Sudah semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini, suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan bayinya.

Walau bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya fasa baru dalam perkahwinan.

Terdapat juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian masih menebal.

Faktor-faktor tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia. Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini memerlukan kerjasama yang kukuh.

Bila masa yang sesuai untuk hubungan seks?


Secara amnya, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin. Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering. Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.

Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena. 


Seks dalam pantang


Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.

Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks. Rupanya perkara yang tidak digalakkan oleh Rasulullah boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik.

Amaran! Jangan Membenci Kucing



Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu. Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan yang boleh di katakan aagak bijak untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya Gayah. Maka, bermulalah kisah ini dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, lalu disumbatnya ke dalam karung beras berjenama Mehsuri. Tanpa berlengah dia terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tadi tanpa ada perasaan belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza yang agak famous suatu masa dulu. Tetapi, kegembiraan itu hanyalah sementara sahaja. Apabila tiba di rumah si Tompok dengan sombong dan bongkaknya melanggok di depan pintu rumah Budi. Lagaknya yang kelihatan agak macho semasa ia menyambut kepulangan Budin. Betapa sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan lagi.

Keesokkan harinya, Budin meneruskan lagi rancangan jahatnya itu. Kali ini lebih jauh dibawanya si Tompok, kira-kira 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang Budin menyeluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan Budin. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang si Tompok lagi jauh, tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuhi, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok,segala kona-kona maut, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja. Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Berikut adalah perbualan Budin dan Isterinya Gayah melalui telefon Blackberry mereka.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh
suspen lagi berdebar-debar...

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni!

Moralnya ialah: Janganlah kita mempunyai sikap seperti Budin kerana ia bukan saja akan menyusahkan kita, bahkan ia menyebabkan minyak motor kapcai kita dibazirkan begitu saja. Minyak pun sekarangkan dah mahal, jadi pandai-pandailah berjimat. Sayangilah haiwan kesayangan Rasulullah ini.

Sekian.. Terima kasih...

Tuesday, January 7, 2014

13 Kisah Aurat Wanita

Artikel kali ini lebih ringkas dan santai a.k.a informal.. Tapi ia penuh dengan mesej yang ingin disampaikan kepada kaum wanita dan juga para lelaki. Walaupun ia adalah sekadar artikel bertaraf "biasa" namun ramai yang tidak mengambil berat tentang isu-isu sensitif ini. Teruskan bacaan anda.... 





1. Bulu kening - Menurut Imam Bukhari, Rasullulah s.a.w melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" (Surah An-Nur Ayat 31) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka" (Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma' Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda Nabi Muhammad SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Saturday, December 28, 2013

3 KESALAHAN YANG MENYEBABKAN EJAKULASI PRA-MATANG

 
Apa itu "Ejakulasi Pra-Matang"?

Dari segi definasi mengikut International Society For Sexual Medicine, ejakulasi pra matang ada tiga ciri-ciri utama iaitu;
  • Ejakulasi yang berlaku dalam lingkungan masa satu minit atau kurang selepas penetrasi ke dalam vagina.
  • Tidak dapat mengawal atau melambatkan ejakulasi ketika penetrasi.
  • Memberi impak negatif kepada lelaki dan pasangannya, misalnya ketegangan hubungan, stress dan kemurungan. Kesannya, hubungan seksual boleh menjadi regang. 
Menurut penelitian, jumlah waktu yang diinginkan sejak penetrasi hingga ejakulasi sebenarnya hanya 7-13 minit. Cukup singkat, bukan? Namun kenyataannya, waktu sesingkat itu pun sering tak tercapai kerana pasangan terburu ejakulasi atau ejakulasi pra-matang. 

Sebelum merasa putus asa kerana si dia kerap ejakulasi pra-matang, sebaiknya kenali dulu gaya bercinta Anda. Boleh jadi ada kesalahan yang anda berdua lakukan sebagai pasangan:

1. Masturbasi sebelum seks
Banyak orang yang mengatakan bahawa melakukan masturbasi sebelum bercinta boleh membuat lelaki tahan lebih lama saat bercinta. Siapa kata? Setiap kali melakukan masturbasi, lelaki melepaskan sejumlah besar air mani dan hormon. Hormon-hormon ini memerlukan waktu untuk membangun kembali hasrat dan daya tahan bercinta, serta membentuk air mani di dalam testis. Jadi, minta agar dia tidak masturbasi sebelum bercinta.

2. Tidak fokus 
Jika pikiran Anda melayang kemana-mana dan tidak fokus pada hubungan seks yang dilakukan, jangan pikir pasangan tidak akan mengetahuinya. Hal ini akan terlihat, kerana Anda tidak benar-benar menikmatinya. Boleh bertahan lama di tempat tidur, kerana pikiran melayang ke berbagai hal, hanya akan membuat kenikmatan semu yang tak menyenangkan. Akibatnya, si dia pun merasa tak nyaman. Ketika bercinta, fokus dan nikmatilah momen tersebut. Jangan memikirkan hal lain sehingga benar-benar boleh menikmatinya bersama pasangan.

3. Jarang berhubungan seks
Banyak yang mengira, terlalu cepat mencapai klimaks disebabkan lelaki tersebut terlalu sering berhubungan seks. Namun yang terjadi boleh jadi justru sebaliknya. Kemungkinan besar, lelaki mengalami ejakulasi pra-matang kerana ia bukan termasuk orang yang aktif secara seksual. Meskipun mungkin frekuensi bercinta Anda semakin berkurang dikeranakan kesibukan, tidak bererti ia tidak memerlukannya. Ia akan begitu excited ketika akhirnya anda berdua cukup punya waktu untuk melakukannya. Namun, butuh banyak energi untuk akhirnya menjalani sesi bercinta tersebut. Foreplay-nya saja sudah cukup menguras energinya, sehingga ketika ghairah anda akhirnya muncul, ia justru mulai menurun.

Sekian.

Sedikit Peringatan Untuk Semua (Artikel Yang Panjang Tidak Semestinya Membosankan)

 

 PERHATIAN : Sila baca artikel ini sehingga penghabisan untuk mendapatkan idea yang ingin disampaikan.Jangan malas untuk membaca.Orang yang malas itu adalah orang yang rugi.Menonton filem boleh berjam-jam.Apa salahnya meluangkan masa 10 minit untuk artikel yang tidak seberapa ini.Insya-Allah kita akan mendapat kebaikan bersama-sama.

Assalamualaikum..
Ini merupakan zaman internet.Ada pro-kontranya.Pandai mengguna,baiklah hasilnya.Jika diguna dengan niat jahat,buruklah hasilnya.Kita kini mempunyai perkhidmatan blog.Bagus perkhidmatan ini.Ramai yang menulis.Blog ini banyak jenisnya.Ada blog politik,blog ilmu,dan blog peribadi.

Menulis blog tidak memerlukan ilmu tinggi.Sesiapa juga boleh menulis blog.Apa-apa topik juga boleh ditulis.Anda mahu menulis fitnah juga boleh.Apa-apa sahajalah pendek kata.Dari pelajar,guru,pekerja kerajaan, businessman, malah tukang kebun juga mahu menulis blog.Masing-masing hendak mempunyai blog sendiri.Tidak mengapa.Tidak salah..

Tetapi yang menjadi salahnya apabila blog itu ditulis dengan niat yang tidak betul.Kita orang Islam kena ingat.Setiap perbuatan kita baik yang kecil atau besar akan dihitung dan dicatitkan pahala dan dosanya.Oleh itu menulis itu biarlah dengan niat yang baik.

Baiklah.Mari kita tinjau 3 jenis kategori blog yang biasanya ditulis oleh kita semua.

Blog Politik

Saya tidak tahu mengapa,ramai benar dari kita berminat dan berkeyakinan sungguh menulis blog tentang politik.Hendak kata mereka itu orang yang berkelayakan,tidak juga.Mereka menulis seperti mereka ini yang terlibat dalam peristiwa-peristiwa besar tempatan.Mereka menulis seperti pihak yang terlibat itu secara langsung menceritakan kepada mereka apa yang berlaku.

Tetapi menurut perhatian saya,kebanyakan dari mereka yang menulis blog kategori ini,kebanyakan dari mereka tidak mengetahui adakah kebenaran sesuatu berita yang mereka sampaikan itu.Malah mereka dengan konfiden-nya memaki hamun pihak yang terbabit dalam berita atas angin itu.

Sedikit teguran ingin saya beri kepada mereka-mereka ini.

Janganlah terlalu taksub dengan fahaman politik anda sehingga anda menulis berita yang tidak diketahui kebenaran.Tahulah anda bahawa menyebar berita palsu dan buruk tentang orang lain itu adalah berdosa.Boleh jadi memfitnah jika tersilap langkah.

Tidak perlu anda melebih-lebih menulis blog lebih daripada ahli politik itu sendiri.Anda jika hanya sekadar mendengar-dengar dari mulut ke mulut berita tersebut,tolonglah jangan sebarkan.Khabar angin seperti ini hanya boleh merosakkan pemikiran masyarakat.

Dan seperkara lagi,perasankah anda.Di dalam suatu blog politik yang biasanya agak terkenal,pasti akan ada komen-komen di bawah artikelnya di mana,berbalah-balahlah penyokong-penyokong parti tentang mana satu pihak yang betul.

Pada saya ini tidak betul.Apa guna kita berlawan dan berbalah di bawah itu?Dan kebanyakan yang berbuat begitu adalah umat Islam.Malu saya.Kita bergaduh sesama sendiri hanya kerana suatu yang tidak diketahui kebenarannya.Hanya kerana sesuatu yang diputar belit faktanya.

Bagi yang menulis blog politik seperti ini pula,gunakanlah akal.Anda fikirlah sedalam-dalamnya.Anda menulis blog itu,tetapi dalam masa yang sama,artikel anda itu menjadi punca perbalahan umat Islam yang lain.Anda rasa-rasa,dapat pahalakah perbuatan anda itu?

Islam itu bukan hanya tertakluk kepada politik semata.Islam itu cara hidup.Islam itu seluruh hidup kita.Adalah lebih baik kita menulis tentang sesuatu di luar tema politik.Sesuatu yang dapat membangkitkan kesedaran umat Islam.Dari kita menulis tentang politik yang secara jelasnya akan mewujudkan perbalahan sesama kita.

Banyak lagi perkara yang boleh dijadikan tema tulisan.Buka minda anda.Jangan fikir satu sudut sahaja.Itulah pentingnya ilmu.Apa yang kita baca setiap hari itu,akan membentuk jiwa kita.Jika kita setiap hari mencari blog-blog politik yang penuh dengan kedengkian dan hasad,hasadlah jadi peribadi kita.

Benar! Saya sendiri merasainya satu ketika dahulu.Saya membaca blog-blog seperti ini.Namun kemudian,saya berfikir,apa motifnya saya membaca blog-blog seperti ini? Fitnah dan pemakian sahaja yang ada.Apa yang dapat diberi kepada umat Islam dan umat manusia keseluruhannya melalui penulisan itu?Apakah kesan ilmiahnya?

Jawapannya hanya satu.Tetapi boleh diterjemah ke dalam pelbagai kata.Jawapannya adalah tiada,kosong dan nothing.

Seperkara lagi tentang penulis blog-blog politik ini,mereka apabila berbicara,mereka berbicara seperti orang-orang bijak belaka tanpa memikirkan betul atau tidak perkara yang ditulis itu.

Satu teguran dari saya.Janganlah kita terlalu obses dan mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin politik itu.Mereka juga manusia.Bisa melakukan kesalahan.Jangan apabila mereka melakukan kesalahan/dikritik, kita yang tiada kena mengena dengan mereka ini bersungguh-sungguh mempertahankan mereka dengan mencari balik kesalahan pihak yang menuduh mereka.

Sehingga ada yang memaki hamun di dalam blog untuk pemimpin mereka.Cuba berhenti seketika dan berfikir.Ke manakah kewarasan kita menghilang semasa menulis?Adakah itu tujuan kita hidup di muka bumi ini?Adakah itu tujuan kita diciptakan Allah SWT? Memikirkan tentang parti politik kita 24jam? Adakah hidup hanya sekitar politik?

Maafkan saya jika pendapat saya ini salah.Saya sedar saya ini manusia biasa.Jika salah betulkan.Tetapi saya menegur pihak-pihak yang terlalu obses dan menulis tanpa menggunakan akal fikiran itu.

Sehingga ada yang meng edit-edit gambar pemimpin parti politik dengan gambar-gambar lucah yang hina lagi jijik.

Apakah itu?Anda pernah melihatkah mereka membuat seperti itu?Jangan saudara.Jangan menyebar fitnah.

"... dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan..."
(surah Al-Baqarah 191)

Jangan kerana terlalu taksub dengan dunia politik itu,kita hilang kewarasan.Nabi Muhammad SAW tidak menyuruh kita menjadi radikal atau fanatik.Nabi Muhammad SAW itu sendiri keperibadiannya sederhana dalam segala aspek.Orang yang berlebih-lebihan ini senang mendapat dosa.

Jika kita tidak tahu sesuatu perkara itu dengan tepat,adalah lebih baik kita mendiamkan diri.Sesungguhnya orang yang mendiamkan diri itu tidak semestinya bodoh.Dan orang yang melontarkan kata-kata itu tidak semestinya bijak.

Dan jangan kerana tulisan kita itu,orang bukan Islam semakin menjauhi Islam kerana melihat kita berbalah sesama sendiri.Anda fikirkanlah ya..Ambil masa.Ketepikan peribadi dan emosi.Pasti anda akan ketemui kewarasan kembali.

Mari kita tinjau blog kategori kedua pula.

Blog Penulisan Ilmu Agama

Blog-blog penulisan agama ini memang baik.Jika kita niatkan penulisan kita kerana Allah dan supaya ia dapat menyedarkan orang ramai, maka pahalalah untuk kita.Insya-Allah..Tetapi,dalam kita menulis itu,pastikan sumber-sumber yang kita gunakan itu benar-benar sahih dan tepat ilmunya.

 Adakah kita terfikir bertapa besar dosa yang akan kita dapat jika apa yang ingin kita sampaikan kepada pembaca adalah silap? Bagaimana jika ada diantara orang-orang yang baru ingin berubah ini mengikut apa yang kita paparkan dan ternyata fakta serta ilmu yang ingin kita sampaikan itu adalah dari sumber yang salah a.k.a tersilap? Kita secara tidak sengaja menyesatkan mereka-mereka itu walaupun niat kita adalah untuk kebaikkan.
Banyakkan kajian dahulu sebelum menulis.Banyakkan pembacaan dan google tentang maklumat-maklumat artikel kita itu.Kerana ada sesetengah blog yang diragui kebenaran artikelnya itu.

Dan untuk kita para pembaca pula,kita hendaklah berfikir sebelum menerima sesuatu ilmu agama dalam blog itu.Jangan hanya terima sahaja.Ini supaya kita benar-benar pasti akan kebenaran artikel itu dan yakin akan ilmu yang ada.Lantas memudahkan jiwa dan fizikal kita beramal dengan ilmu itu.

Sejak akhir-akhir ini,terdapat juga blog-blog yang memaparkan artikel-artikel tentang peristiwa akhir zaman dari sudut perspektif Islam.Memang bagus niat kita semua dalam menulis itu.Tetapi sebagai pembaca,jangan terlalu liberal atau terbuka dalam menerima ilmu itu.Kerana saya pernah membaca beberapa blog yang diragui kebenarannya.

Itulah kepentingan akal dan ilmu.Fikir dahulu sebelum kita mengambil sesuatu ilmu itu.Jangan tersilap langkah.Tersilap langkah boleh membawa mudarat.

Tetapi tidak semua blog begitu.Kebanyakan blog-blog seperti ini penulis-penulisnya sudah mengkaji kebenaran artikel mereka sebelum ditulis.Tetapi,tetap perlu berfikir dan berwaspada.Satu lagi teguran untuk blog-blog keagamaan ini (maafkan saya).Jika boleh,janganlah diletakkan auto-play untuk lagu-lagu nasyid.

Memang bagus kita pasang auto-play.Tetapi di sesetengah kawasan yang kelajuan internetnya perlahan(seperti tempat saya) tidakkah mereka akan terkejut jika tiba-tiba mereka sedang membaca,kedengaran bunyi audio?

Dari hendak membaca dengan baik,mereka telah memaki hamun lagu-lagu itu.Padahal,lagu itu bertujuan menginsafkan.Betul bukan apa yang saya cakap?

Fikirkanlah...

Kemudian mari kita tinjau blog yang ketiga dalam kategori blog favourite.

Blog Peribadi

Blog ini sering ditulis remaja khususnya.Beberapa teguran yang ingin saya beri (walau diri dan blog ini pun tidak seberapa sempurna) kepada mereka dan juga diri sendiri.Kita sebagai remaja.Gunakanlah masa kita dengan baik.Janganlah menulis perkara-perkara kosong sahaja di dalam blog.Marilah menukar persepsi kita.Gunakan akal.Mulakan pembacaan dan penulisan artikel-artikel yang berat.

Mulalah menulis tentang isu serius dalam masyarakat.Isu serius dalam dunia.Penulisan seperti ini dapat membuka minda kita dan orang lain menjadi seseorang yang lebih matang.Bergelak ketawa boleh.Tapi sampai bila? Dunia hendak sudah pun kiamat dalam bahasa kasar.Cukup-cukuplah kita membuang masa.

Dan bagi wanita atau gadis pula,jika hendak menguploadkan gambar ke dalam dunia maya ini,fikirkan dahulu ayat saya di bawah ini.

-Tahukah anda jika anda membuat aksi-aksi camwhoring dan meletakkannya di dalam blog/Facebook dll itu,gambar itu bakal ditonton oleh berjuta lelaki pervert di dalam internet?

-Ya,anda memanglah memakai tudung.Menutup aurat.Tetapi jika anda membuat muka yang comel itu,tetap akan menarik perhatian lelaki-lelaki pervert.Mahukah anda ditonton oleh mereka yang kegersangan ini?

-Tahukah anda,setiap kali anda menguploadkan gambar di dalam internet,walaupun setelah anda memadamkannya nanti,gambar itu akan kekal di dalam simpanan Google selama 3 bulan?

-Adakah anda tahu bahawa ramai lelaki yang akan memuat-turun download gambar-gambar anda yang comel itu ke dalam komputer peribadi mereka.Malah jika nasib anda lebih teruk,mereka akan mencetak gambar anda.

-Dan mereka menyimpannya untuk ditatap. Tidakkah perbuatan anda ini sama sahaja seperti anda menjadi model peribadi kepada lelaki-lelaki yang kegersangan ini?Bezanya,anda tidak nampak dan tidak tahu siapa mereka.Boleh jadi kawan anda sendiri.(ini fakta.sumpah tidak tipu.saya tahulah kerana saya ramai rakan-rakan sebegini) .

-Adakah anda tidak takut jika mereka sharekan gambar-gambar anda di blog mereka?Mereka gunakan gambar-gambar anda untuk membuat satu profile Myspace baru untuk anda? (pernah terjadi kepada kenalan saya) .

-Anda tidak boleh dakwa mereka apa-apa.Kerana sesaat selepas anda menguploadkan gambar-gambar itu ke dunia maya,anda telah mengisytiharkan gambar itu sebagai hak milik dunia.Well,ini zaman moden.

-Jika lebih teruk,mungkin gambar anda akan diedit super-imposed.Benda ini pernah terjadi.Anda sahaja yang tidak sedar.

-Tahukah anda bahawa setiap kali anda menguploadkan gambar ke dalam dunia maya,ia akan disesuaikan dengan nama anda untuk dipadankan dengan search result.Bayangkan jika anda ada gambar tidak pakai tudung,kemudian anda sudah padam.Tetapi setelah sebulan selepas itu,anda google nama anda,dan gambar itu masih keluar di keputusan carian.

-Ingat,ini zaman teknologi.Bakal suami anda mungkin akan meneliti siapakah anda sebelum berfikir ingin berkahwin dengan anda.Bakal majikan anda juga begitu.Hal yang sama kepada kaum lelaki.

-Anda fikir-fikirkanlah.

Itu untuk gambar..

Dan jika anda menulis blog peribadi,janganlah menulis sesuatu yang peribadi secara terbuka.Ingat.Satu dunia membaca tulisan anda.Anda mungkin berfikir jika anda menulis blog,tiada siapa yang bakal tahu.Tetapi sebenarnya dan hakikatnya,audiensnya lagi besar ya.

Itulah sahaja nasihat dan teguran dari saya untuk anda bloggers semua.Juga kepada para pembaca.Juga kepada semua pengguna internet.Ingat.Semasa menggunakan internet,kita tetap orang Islam.Kekalkan adab kesopanan yang diajar Nabi Muhammad SAW semasa melayari internet itu.Jangan bertukar menjadi haiwan sementelah memegang papan kunci dan tetikus.

Ubahlah pemikiran anda.Kita sudah terlalu lama lena semua hanya dunia.Mulalah menulis untuk kebaikan.Carilah ilmu dan kebenaran setiap masa.Agar diri tidak dinodai oleh kegelapan syaitan.
Dan ingatlah bahawa Allah sentiasa melihat kita.

Semoga artikel ini membawa kebaikan kepada kita semua.Insya-Allah.Amin.

Assalamualaikum...

Adakah Kita Layak Mendapat Kemenangan Itu?





Assalamualaikum.

pernahkah kita terfikir

atau difikirkan
kenapakah kita tidak diberi kemenangan oleh Allah?

sebelum menjawab soalan itu

tanya kembali diri kita
adakah kita layak mendapat kemenangan yang diharap?

apakah yang kita buat sehari-hari?

adakah kita berbuat apa yang diperintah Allah
adakah ianya cukup untuk melayakkan kita mendapat kemenangan?

mari renung diri


adakah kita bangun untuk
bersolat subuh setiap hari?
jika bersolat pun,khusyukkah kita?

tentang aurat pula

adakah anak-anak kita menutup auratnya?
adakah isteri-isteri kita menutup aurat mereka?
jika memakai tudung,adakah tudung ditutup dengan sempurna?
kita sendiri,adakah menjaga pandangan mata dari perkara haram?

akhlak jangan dicerita

adakah kita menjaga percakapan seharian kita?
apakah perkataan pertama yang disebut apabila perkara buruk berlaku?
adakah kita menjaga hati jiran kita?
mengapakah kita masih mengumpat di belakang orang?

silaturahim sama juga

adakah kita berpegang pada persaudaraan sesama islam?
adakah kita menganggap semua orang islam saudara kita?
adakah kita tidak menghebohkan fitnah terhadap orang?
adakahh kita bermaafan sesama sendiri?

harta pula

adakah harta kita dari sumber yang halal?
adakah kita pasti kita tidak terlibat dalam riba dan sebagainya?
adakah kita jujur dalam perniagaan?
adakah kita menyumbangkan zakat kita?

penggunaan masa juga patut direnungkan

adakah masa seharian kita digunakan ke arah yang betul?
berapa lamakah sehari kita beribadat kepada-Nya?
berapa lama pula kita berhibur memuaskan nafsu?
adakah kita expect untuk mendapat pertolongan-Nya
sedang kita tidak pernah menghadap-Nya?

bagaimana pula dengan ilmu?

berapa banyak salah faham dalam perkara asas Islam itu sendiri?
berapa ramai remaja kita rosak tatkala kita bersembang kedai kopi?
adakah anak kita dijaga dengan elok?

politik juga sama

adakah kita benar-benar berjuang kerana Allah?
atau sekadar polimik kebencian terhadap parti lain?
adakah kita benar-benar mahu menegakkan Islam?
jika benar kenapa bermusuhan?
adakah benar kita ini ikhlas?

tentang isu hari kiamat pula

kita berbicara tentang hari kiamat dan sebagainya
tetapi
adakah kita setelah tahu perkara-perkara itu
kita berubah dan bertaubat kepada Allah?
adakah kita kembali kepada jalan Allah?
atau kita sekadar membaca ilmu-ilmu itu untuk keseronokan?

ingatlah

Allah tahu segala yang disembunyikan kita
dan kepada Allah sahajalah tempat kita bergantung
kerana hanya Allah sahaja yang menguasai hari pembalasan
janganlah berkompromi dalam beragama dan hidup

adakah kita bersyukur kepada Allah?

adakah kita bekerja untuk-Nya?
jika kita tidak pernah bekerja untuk-Nya
kenapakah kita mengeluh tidak dibantu-Nya?

anda fikir-fikirkanlah


berapa ramai dari anak muda sedang hanyut tiap-tiap hari

jahil akan ilmu
tiada rasa malu
sesat dalam dunia kebendaan
sesat dalam arus nafsu
sesat dalam pemikiran hedonisme tiada arah
sesat tanpa agama
sembahyang tiada dijaga
inikah caranya anda expect untuk Allah membantu kita?

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
[As-Saff:10-13]

tanya diri

adakah kita semua berbuat apa yang diperintah Allah dalam ayat di atas?
fikirlah sendiri
kita ini umat akhir zaman
bertaubatlah sekarang
sebelum terlambat

ingat

hidup ini satu pengembaraan panjang
dunia ini sekadar tempat persinggahan
adakah anda fikir selepas dunia ini tidak ada lagi perjalanan?

ada

malah perjalanan masih panjang
tetapi perjalanan seterusnya
bergantung kepada segala perbuatan kita di dunia fana ini
baik buruk
semuanya terletak kepada kita sekarang
hendak berubah atau tidak?
tepuk dada tanya selera

adakah syurga atau neraka yang kita mahu

dan sekali lagi saya ingin bertanya
tetapi kali ini di dalam bahasa Inggeris
do we deserve the victory?


saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya

semoga apa yang ingin disampaikan difahami
tiada guna membaca ini jika masih kekal dalam kegelapan
marilah kembali ke jalan yang benar
hidup dunia ini terlalu singkat untuk dibazirkan waktunya

Assalamulaikum dan Selamat Beramal

Jawapan Mudah Yang Boleh Membawa Kepada Syirik





Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.

Bagi
kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah.

Bila
kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya kepada kita....

'Uncle sebelah buat apa tu Abah?'


Dan secara amnya, kita akan menjawab... 'dia org tgh sembahyang atau tengah sembah
Tuhan dia' jawapan itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. 'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
tetapi apabila kita memberikan jawapan ... 'Dia tengah sembah Tuhan dia' kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH. Kita memberi gambaran kepada anak kita bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India satu Tuhan, Kristian satu Tuhan...dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain dari kita...

Sedangkan kita mengucap kalimah kita
'tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH'
Jadi mana datangnya konsep atau pengertian 'dia sedang sembah Tuhan dia'?

Sekiranya jawapan ini diteruskan..maka anak kita akan terus keliru dengan
konsep dan prinsip syahadah kita 'Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH'

Jawaban yang sebenarnya.

'Anak, pertamanya perlu faham. Tuhan kita dengan Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah' ...

Jangan ambil mudah jawapan yang diberikan kepada anak, kerana jawapan yang salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka.


Sekadar mengamalkan 'sampai dan menyampaikan'.


Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang baik datang dari
ALLAH.

Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari
kuliah maghrib, sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawapan yang lebih baik..... 


Dipersilakan untuk berkongsi bersama...