Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.
Selepas bersalin, ibu biasanya akan mengalami perkara-perkara berikut:
- Trauma dengan proses kelahiran - Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.
- Perubahan hormon dan emosi - Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.
- Perubahan fizikal - Jarang wanita lepas bersalin merasa seksi kerana bentuk fizikal yang mengalami perubahan ketara seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Ibu merasakan dirinya tidak menarik lagi.
Jadi,
adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk
menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas
kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk
ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan
melahirkan.
Apa yang terjadi kepada keinginan seksual wanita selepas bersalin?
Kebanyakan
wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa
minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses
kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut untuk mengandung
lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga
mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan
menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan
pertama selepas kelahiran.
Kebiasaannya,
wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan
bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi
masalah ini.
Adakah kelahiran bayi akan menjejaskan hubungan seks?
Sudah
semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan
keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan
berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini,
suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan
kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan
bayinya.
Walau
bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila
melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa
besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan
anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih
bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya
fasa baru dalam perkahwinan.
Terdapat
juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran
yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri
sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi.
Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat
hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan
nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan
hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian
masih menebal.
Faktor-faktor
tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan
keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai
kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan
bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak
masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang
dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia.
Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang
tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini
memerlukan kerjasama yang kukuh.
Bila masa yang sesuai untuk hubungan seks?
Secara
amnya, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin
untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan
dilakukan lebih kurang 4-6 minggu selepas bersalin. Dalam tempoh 4-6
minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks
kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih
sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta
darah nifas masih belum kering. Hubungan seks dalam tempoh tersebut
boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan
organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6
minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan
sudah sembuh.
Apabila
anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan
dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda
tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.
Seks dalam pantang
Seks dalam pantang
Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian. Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.
Betway Casino Sports Betting Odds - Online Gaming
ReplyDeleteBetway Mobile Casino - Online Gaming. air jordan 18 retro red online store Betway Mobile Casino. Betway Mobile Casino. get air jordan 18 retro red suede Betway Mobile air jordan 18 retro men red Casino. betway Mobile Casino. Betway how can i find air jordan 18 retro yellow Mobile Casino. how can i buy air jordan 18 retro toro mens sneakers Betway Mobile