Followers

Saturday, December 14, 2013

Akal,Ilmu Dan Perbuatan Mesti Bergerak Seiring.Beremosi Secara Berlebihan Hanya Membawa Kecelakaan.






Assalamualaikum.


Artikel ini tidak tertakluk kepada tajuk di atas sahaja.Skopnya luas.Luangkanlah sedikit masa anda untuk membaca artikel ini.Semoga mendapat manfaat.

Kita sering berjumpa orang yang kelihatan seperti lengkap amal ibadatnya tetapi dia masih lagi melakukan perkara yang tidak disukai Allah SWT.

Contohnya :

- Orang yang sembahyangnya lengkap 5 kali,tetapi apabila menonton perlawanan bola sepak di antara pasukan X dan pasukan Y dia akan melaung-laungkan perkataan BODOH,ANJING dan sebagainya yang anjing sendiri akan malu jika mendengarnya.

-Orang yang menulis blog-blog agama,tetapi apabila tiba masa untuk beliau mengulas artikel orang lain,hampir semua perkataan carutan dan makian akan digunakan oleh beliau.

Dan orang-orang ini setelah melakukan perbuatan maki-carut itu,mereka akan kembali berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Pada saya,mereka ini adalah orang yang gagal mengawal emosi mereka.Ya,cuba anda fikirkan.Kenapa perlu mencarut-carut menonton perlawanan bola?Rilex-rilex sudah brother.

Itu semua dunia sahajalah.Perbuatan anda bermati-matian menyokong pasukan bola itu sebenarnya sedikitpun tidak dapat membantu anda di akhirat kelak.

Malah,anda hanya berpotensi ditumbuk muka oleh orang yang berasa jengkel dengan sifat "bajet owner kelab bola yang bakal kerugian pertaruhan wang 1JutaRM jika kelab kalah" anda.

Sebenarnya,saya pun adalah manusia yang suka beremosi berlebih-lebihan dahulu.Tetapi,apabila anda emosi,itu hanya memudahkan syaitan bagi menghasut anda untuk marah dan mencarut.

Ini kerana,orang yang gagal mengawal emosi,jiwanya amat lemah yang mendorong beliau melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu amarahnya.

Tiada guna anda memaki-maki.Sabarlah.

Malah di dalam Surah At-Takaathur di dalam Al-Quran telah disebut,perbuatan menyayangi dunia melampau boleh membawa padah dan kecelakaan.Yang jika ditukar dalam ayat kasar "takde guna kau obses sangat mencarut-carut,dosa je la weh".

Itu juga sebab kenapa kita umat Islam sekarang lemah.Kita lemah bukan sebab kita tidak beribadat atau apa.Kita lemah kerana kita terlampau sayang kepada dunia.Kita jauh dari ilmu.

Ilmu ini bermaksud bukan ilmu tentang artis hiburan atau gadget apa yang ada di pasaran,tetapi ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang dapat membentuk kita menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat.

Dalam kata lain,ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang datang dari Pencipta kita sendiri.Iaitu Kitab Al-Quran.

Saya ingin bertanya,ramai orang boleh membaca buku BIOLOGI,TEKNOLOGI dan lain-lain dari kulit ke kulit,tetapi tidakkah anda berasa malu kerana tidak pernah membaca dan memahami ayat Al-Quran.

Kita hanya mendengar daripada orang apakah isi Al-Quran itu.Cukupkah sekadar mengetahui sedikit sahaja isi Al-Quran untuk berjaya di dunia dan akhirat?

Itulah sebab kenapa kita mudah ditipu dengan khabar angin dan berita-berita palsu yang boleh menggugat akidah.

Kita tiada asas kefahaman agama yang baik.Nasihat saya,marilah sama-sama buka Al-Quran dan memahami maksudnya.

Kemudian,baru-baru ini saya membaca suatu artikel [LINK].

Artikel ini tidak ditulis oleh penulis blog tersebut,sebaliknya diambil dari ruangan ulasan sebuah blog lain.

Artikel ini pada saya ada keruh,ada jernihnya.Ada perkara yang betul.Dan ada juga perkara yang salah.

Contohnya ada suatu ayat di mana seolah-olah paderi itu menafikan kekuasaan Allah SWT.

Pada saya ini tidak betul.Apa yang saya ingin jelaskan di sini adalah,dalam membaca artikel seperti ini,kita perlu berhati-hati.Tidak boleh main hentam kromo sahaja dalam mengambil maklumat.

Ayat saya itu bermaksud begini.Kita kena mencari maklumat dalam mengetahui situasi dunia sekarang ini,tetapi jangan ketakutan kepada musuh Islam itu melebihi ketakutan kita kepada Allah SWT.

Jangan takut.Allah sudah janjikan bahawa orang yang beriman akan sentiasa mendapat rahmat dan dilindunginya.Apa yang perlu kita buat setelah membaca artikel itu sebenarnya adalah mengubah cara hidup kita.

Mengubah cara hidup kita bukan bermaksud berhenti kerja atau sebagainya.Itu kurang akal namanya.

Sebaliknya,mengubah cara hidup kita itu bermaksud janganlah terus hidup berlandaskan nafsu syaitan sahaja.

Ada kawan saya,selepas membaca artikel itu,beliau terus menerus juga membuang masa.Leka.Seperti tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya dan sepatutnya,selepas sahaja kita mengetahui bahawa banyak sudah tanda-tanda kiamat sudah berlaku,kita haruslah meningkatkan amal dan ibadat kita kepada Allah.

Banyakkan bertaubat.Kurangkan menurut nafsu.Kembali kepada Al-Quran dan Hadis.

Jika kita terus menerus hidup dalam sistem nafsu,memang betullah apa yang dikatakan bahawa kita memang umat akhir zaman yang lemah enggan memperbaiki diri.

Kesimpulan yang ada adalah,akal dan ilmu yang kita miliki dan ketahui mestilah bergerak seiring dengan perbuatan kita.Jangan hanya tahu,tetapi tidak buat.Itu sama sahajalah dengan orang yang pergi mendengar ceramah agama,tetapi selepas itu beliau membuka tudung kembali.

Ingat,Allah akan membantu umat Islam.Tetapi bukan sebarangan umat Islam.Umat Islam yang dibantu Allah adalah umat yang beriman kepada-Nya dengan sepenuh hati.

Renunglah kembali apakah maksud menjadi umat Islam itu.Umat Islam (Muslim) itu bermaksud seseorang yang menyerah diri dan jiwanya kepada Allah SWT atau dalam kata lain seseorang yang menurut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya tanpa banyak songeh dan kerenah.Yang hidupnya tidak menurut kehendak nafsu sahaja.

Ini kerana Dialah yang menciptakan kita di dunia ini.Dan kepada-Nyalah kita akan kembali.Jika anda masih tidak tahu kenapa anda diciptakan,kembalilah kepada jalan yang benar.

Mohonlah doa kepada Allah SWT agar diberikan petunjuk,bukalah Al-Quran dan Hadis,dan rujuklah orang yang berilmu.Dan yang terakhirnya amalkanlah ilmu-ilmu itu.

Ingat,menyayangi dunia secara melampau tidak akan membawa anda ke mana-mana.Janganlah beremosi melampau kerananya.

Dan apa yang anda buat setiap hari sebenarnya membentuk jiwa anda.Jika banyak membaca sampah,sampahlah jiwa.Jika banyak membaca ilmu kebaikan,tenanglah jiwa.

Itu sahaja untuk kali ini.

Harap faham apa yang ingin disampaikan.

Assalamualaikum.

p/s:sesungguhnya saya manusia biasa juga.ini merupakan peringatan untuk diri sendiri juga.jika saya salah sila betulkan.

No comments:

Post a Comment