Followers

Saturday, January 18, 2014

Sebuah Penulisan Santai Tetapi Bersemangat Yang Wajib Anda Baca Jika Ingin Mendapatkan Ilmu Berharga

Assalamualaikum


penulisan kali ini tidak dibuat mengikut konsep formal
sebaliknya penulisan santai yang agak bersemangat
saya nasihatkan anda baca sehingga habis
jika ingin pembacaan anda menjadi pembacaan manfaat
pilihan di tangan anda
ilmu tidak akan datang kepada orang yang malas
dan sila baca setiap ayat ini dengan difikirkan ayatnya
bukan sekadar sambil lalu
kerana artikel ini sememangnya untuk mengajak anda berfikir
tentang diri kita pada saat ini
selamat membaca

saya baru menonton suatu video syarahan di Halal Tube
bertajuk A Journey of Worship in 24 Hours
di Malaysia mungkin tidak boleh menonton video ini
kerana tempohnya yang lama
tetapi jika anda berminat menonton
anda boleh mendengar syarahan ini dalam bentuk mp3 di sini
mana tahu jika boleh
tidak cuba tidak tahu bukan?
syarahan ini berkisarkan kenapa kita perlu menyembah Allah SWT
sukar untuk saya terjemahkan melalui penulisan
kerana saya ini bukanlah pakar juga dalam bidang-bidang agama ini
tetapi saya hanya mampu merumus
sedikit beberapa perkara dari syarahan ini
semoga urusan saya dipermudah Allah SWT

melihat kelaku manusia
melihat keliling
membuat saya terfikir
kita ini manusia memang lemah
ditambah pula dengan sudah akhir zaman
makin lemahlah kita dalam mengharungi hidup

kita semua sedar betapa kita ini berada di penghujung waktu
tetapi masih lagi leka
menyembah Allah tidak sekali dalam sehari

sedangkan malaikat ketika tiba hari kiamat nanti
ketika dicabut nyawa mereka
perkataan yang diucapkan mereka adalah
"sesungguhnya ibadat kami masih tidak cukup bagi-Mu ya-Allah"

anda nampak sesuatu di sini?
begini
para malaikat itu sepanjang hidup mereka
mereka sememangnya diciptakan
untuk beribadat kepada Allah sepanjang hidup mereka
jika malaikat yang tidak melakukan dosa itu
yang beribadat kepada Allah tanpa henti itu
bisa mengucapkan perkataan itu ketika di hujung hidupnya
cuba kita fikir

adakah cukup amal ibadat kita?
adakah cukup amalan kita di dunia ini?
sudahlah amalan tidak berapa cukup
kita menambah pula perencah kepada kekurangan ini
dengan dosa-dosa kecil yang ditambah-tambah tanpa henti setiap hari
akhirnya jumlahnya menjadi besar

hurm...

kemudian ada suatu kisah
di mana ada satu ketika
pada waktu malam
tengah malam mungkin
Rasulullah SAW sedang beribadat seorang diri
dan didengari oleh salah seorang ahli keluarganya
di dalam ibadat itu Rasulullah berkata
"Ya Allah.Sesungguhnya ibadatku kepada-Mu masih tidak cukup Ya Allah".

Cuba anda renungkan sedalam-dalamnya lagi kisah ini,
jika Nabi SAW sendiri yang maksum berkata begini,
bagaimana pula dengan kita yang biasa ini?
cuba kita bayangkan
di manakah letak kedudukan kita

Ya Allah
ampunilah dosa kami

okay
itu satu perkara
mari kita sambung lagi
kita hari ini umat Islam
patut bersyukur kerana dikurniakan cahaya Islam
tetapi walaupun tahu dikurniakan cahaya Islam kepada kita
malangnya kita masih lagi berkompromi dalam agama

hurm...

kita semua hanya datang kepada Allah ketika kita susah sahaja
semasa hendak menduduki peperiksaan
semasa sedang tiada duit
semasa tiada makanan untuk dimakan
semasa sedang dihina orang
semasa sedang dimalukan

semasa susah sahaja baru kita ingatkan Allah
semasa senang?
kenapa semasa senang begitu mudah kita melupakan
kenapa setelah makan jarang orang membaca doa
tetapi sebelum makan membaca doa dengan penuh penghayatan
kenapa setelah mendapat rezeki lupa Allah
sebelum mendapat rezeki doa bukan main

persoalan yang senyatanya perlu dijawab diri sendiri juga
kita kena ingat
dosa dilakukan kita sememangnya banyak
setiap hari
baru dilanda dugaan kecil
kita sudah mengeluh
sedangkan jika kita telusuri kisah Rasulullah SAW
kita patut dapat banyak iktibar
yalah
kita mengaku kita umat Rasulullah SAW
semestinyalah Baginda itu dijadikan role-model di dalam kehidupan kita

cuba lihat salah satu dari contoh sifat mulia Baginda
(sebenarnya banyak pengajaran boleh didapati dari kisah hidup Baginda)
Baginda itu anak yatim sejak dari kecil
tetapi semangat Baginda untuk berjuang amat tinggi
Baginda diwahyukan (diperintahkan) Allah untuk menyebarkan agama-Nya
adakah ini mudah?
semestinya tidak
masyarakat Arab Jahiliah ketika itu amat-amat jahil
mereka berada pada tahap kejahilan yang amat tinggi
ramai yang menentang Baginda pada mulanya
jika anda yang berada di tempat Baginda
adakah anda masih meneruskan usaha dakwah anda?
jawablah sendiri

tetapi dapat kita lihat
semangat Baginda yang tinggi
walaupun komuniti Islam semasa itu kecil
Baginda sering memperingatkan mereka
janganlah berputus asa dalam perjuangan
kerana Allah sentiasa bersama kita orang yang beriman

cuba kita fikirkan
setiap hari kita doakan di dalam masjid
selepas sembahyang jemaah
hampir setiap masjid dalam dunia mendoakan

Ya Allah berikanlah kami bantuan
untuk hidup di dunia ini Ya Allah
permudahkanlah segala urusan kami di dunia akhirat

semua orang mendoakan begitu
malah kita berdoa dan berdoa
tetapi kenapa seolah-olah doa kita tidak dimakbulkan?

bukannya doa kita tidak dimakbulkan
sebaliknya saudara-saudara
kita sendiri yang mengabaikan jawapan kepada persoalan ini

sebenarnya Allah telah memberitahu kita tentang perkara ini
awal-awal lagi di dalam Al-Quran
Allah telah memberitahu kita umat Islam
bagaimana hendak mendapat kebahagiaan hidup di dunia akhirat
tetapi kita tidak melakukannya

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. 

[As-Saff:10-13]

Lihatlah itu!Allah sendiri telah memberikan kita cara
cara untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia akhirat
ada empat cara
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya adalah yang pertama dan kedua
yang pertama ini
nampak seperti mudah
apakah ia?


beriman kepada Allah
tetapi malangnya untuk beriman kepada Allah
bukan sekadar mengucap kalimah syahadah
kita ambil contoh mudah
seseorang mengaku beriman kepada Allah
mengaku percaya Allah (Tuhan) itu Satu sifatnya
tetapi beliau tidak bersolat/tidak menjaga solatnya
malah melengah-lengahkan solatnya
bagaimana kita hendak mengatakan beliau beriman
kerana solat itu adalah pengukur keimanan seseorang
solat itu tiang agama
jika kita tidak bersolat
gugurlah keimanan kita (kafir)
itu bukan saya cakap
Allah yang katakan kepada kita semua
jika tidak beriman
bagaimana hendak dimakbulkan permintaan?
bagaimana hendak menang?

yang kedua
beriman kepada Rasulullah SAW
beriman kepada Rasulullah SAW ini adalah
dengan bersumpah bahawa Rasulullah itu Pesuruh Allah yang terakhir
tetapi
adakah cukup dengan itu
adakah beriman kita kepada Rasul Allah
jika kita tidak menghayati ajaran Baginda
jika kita tidak menghargai kitab Allah kepada Nabi Muhammad
adakah beriman kita jika kita tidak pernah tahu isi dan maksud Al-Quran?
adakah beriman kita kepada Rasulullah SAW jika kita ini berperibadi teruk
jika kita tidak mencontohi Baginda?
adakah beriman kita ini kepada Baginda Rasulullah SAW
jika kita melakukan perkara karut yang dilarang Baginda?
bagaimana hendak mencapai kemenangan
jika kita gagal melakukan dua perkara ini?

yang ketiga dan keempat itu jika mahu dibicarakan
lagilah tidak logik
jika yang kedua dan pertama sudah terbengkalai
bagaimana hendak ada yang ketiga dan keempat?

yang ketiga itu jika mahu bicarakan
berjuang membela agama Allah dengan harta dan benda diri kamu
begini
berjuang itu bukan bermaksud pergi masuk satu page group di Facebook
dan bergaduh "mulut" dengan orang yang jahil
tidak kawan
bukan itu caranya
bukankah Rasulullah mengajar kita
cara terbaik untuk melawan kejahilan manusia adalah diam sahaja
kerana orang jahil selama-lamanya akan jahil
tetapi bukan juga dengan cara membakar tempat-tempat tertentu
Islam tidak mengajar ini juga

...dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

[Al-Baqarah:190]

tanya diri kita
adakah kita diceroboh atau kita menceroboh?
bagaimana kita hendak tahu jika kita tiada ilmu
bagaimana kita hendak tahu
jika kita ini manusia bertuhankan emosi dan nafsu semata
apabila dikuasai emosi,syaitan mudah menguasai diri
jangan begitu
bukankah Allah telah menjanjikan orang yang beriman kepada-Nya
pasti akan menang
setiap perancangan jahat manusia menentang agama Allah
pasti tidak berjaya
banyak sudah contohnya

dan kita mesti ingat
Rasulullah SAW menyarankan kita bersikap sabar
jika diteliti peribadi Rasullah SAW ini
Baginda mempunyai FQ,IQ dan EQ yang amat tinggi
jika tidak masakan beliau dapat memimpin umat manusia
menyampaikan agama Allah di atas muka bumi dengan pelbagai tentangan

berbalik kepada topik
yang ketiga ini sebenarnya boleh dilakukan oleh kita
pada hari ini sekurang-kurangnya (mengikut pendapat saya)
adalah dengan
menulis blog,menyampaikan ilmu,menasihati rakan-rakan di sekeliling
dan kita juga tahu dunia hari ini diselebungi islamophobia
sepatutnya adalah menjadi tanggungjawab kita
untuk memperbetulkan perkara ini
kita yang menjadi umat Islam hari ini
kitalah yang mengaku beriman kepada Allah SWT
jika beriman
lakukanlah sesuatu!
Allah beri akal bukan untuk ditatap Facebook 24 jam
perbetulkan suasana,mulakan dakwah

tetapi persoalannya bagaimana hendak berdakwah
jika diri sendiri leka dengan hiburan
anda fikirlah sendiri
jangan pelik jika diri masih terhuyung-hayang di dalam kegelapan
anda sendiri yang terlalu cintakan dunia melampau
sayangkan nafsu gelodak pujuk rayu syaitan
Al-Quran yang ada untuk dibaca
jangan disimpan di atas almari rumah yang paling tinggi sahaja
bukan itu cara menghormati Al-Quran

menghormati Al-Quran yang betul adalah
dengan cara mengamalkan ajaran di dalamnya
bukan setakat baca berlagu sahaja
tetapi faham dan amalkan
di dalam Al-Quran itu terdapat panduan lengkap kehidupan
jika dibaca tafsir
pasti akan selesai semua masalah kita pada hari ini
kenapa masih kita tidak terfikir semua ini?
kerana kita tidak pernah membaca tafsir Al-Quran kulit ke kulit
sungguh memalukan

dan yang terakhir adalah
menegakkan agama Allah dengan harta dan diri kamu
nampak mudah
tetapi sebenarnya susah
ya amat susah
sepatutnya dalam cara ini jika anda merupakan pelajar
anda tentu tiada harta
tetapi apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cara berjimat
dengan cara berjimat wang
anda tidak akan mengalirkan duit itu ke arah kehendak nafsu sahaja
sebaliknya dermakanlah wang anda
untuk membantu orang-orang susah,anak-anak yatim dan sebagainya
dan sebenarnya kita umat Islam hari ini
gagal membela dan menegakkan agama Allah (berdakwah)
adalah kerana agama Islam itu kita simpannya di dalam masjid
kita simpan agama di bawah kopiah ketika sembahyang berjemaah
jangan begitu
agama Allah itu mesti kita sampaikan kepada orang lain

tetapi berdakwah tidak semestinya memerlukan anda
untuk memasuki gerakan tabligh sahaja
banyak lagi cara lain
that's why i told you already
to think,think and think
use your head wisely

saudara-saudaraku
Islam bukan agama ritual semata
Islam bukan agama untuk hari esok sahaja
Islam itu agama yang benar selama-lamanya
kita menyembah Allah SWT Maha Pencipta Sekalian Alam
Islam ini adalah agama sehingga bila-bila
kerana kita manusia ini
hanya kepada Allah sahaja kita boleh bermohon ketika susah dan senang
bukan kepada benda lain

cara yang paling mudah untuk berdakwah bagi seorang muslim adalah
ya
adalah dengan menjadi muslim yang sebenar
bagaimanakah hendak menjadi muslim yang sebenar?
caranya mengikut peribadi Rasulullah
apakah peribadi Rasulullah itu?
Carilah ilmu,kaji peribadi Rasulullah!
bukannya sibuk mendengar irama dendangan Hollywood semata setiap hari

ilmu tidak akan datang kepada anda
jika anda asyik sibuk memuaskan nafsu syahwat
bersama teman wanita anda di kaki lima setiap hari
ilmu tidak akan datang jika anda tidak carinya
sesungguhnya Islam itu agama yang dibina berasaskan ilmu
wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW
dimulakan dengan ayat Bacalah!
bagaimana hendak mengaku beriman jika hidup diselebungi nafsu?
jika tidak beriman dengan ayat-ayat Al-Quran?
orang berusaha mendekatkan diri ke arah kebaikan sedikit
dikatakan ekstremis

hurm..

tetapi bagi yang mengerti,ambillah peluang ini
sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat
telah banyak ayat yang disebut dalam Al-Quran
betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun
Allah menerima taubat hamba-Nya yang dilakukan dengan ikhlas
biarpun dosa itu sedalam lautan dalam
selagi dia tidak syirik
anda fikirlah sendiri

janganlah bertangguh berubah
janganlah membutakan mata setelah mendapat ilmu
janganlah setelah anda tahu hakikat,anda kekalkan diri dalam kejahilan

dunia ini sementara
janganlah terpedaya dengannya terlalu lama
tidak bermaksud menyuruh anda menjadi hina di dunia
Rasulullah sendiri merupakan seorang usahawan yang berjaya
tetapi menjadi Muslim itu menuntut anda
untuk menjadi manusia yang cemerlang dan hebat
kerana pada akhirnya ada dua sahaja pilihan
syurga atau neraka
anda pilihlah

jika mahu ke syurga
sudah tentulah orang yang hebat-hebat belaka di dalamnya
anda fikir seorang yang menipu dan membunuh
bolehkah dia masuk ke syurga?
anda fikir seorang yang merogol masukkah ke dalam syurga?
anda fikir orang yang meninggalkan solat masukkah ke dalam syurga?
segala-galanya telah dijelaskan kepada kita sejelas-jelasnya
kita sahaja yang masih buta dalam keterangan

ubahlah diri kita
renungkan kesilapan diri
jangan biarkan diri kita menyesal di hari kemudian
di Hari Pengadilan nanti
hanya ada diri kita sahaja
tiada orang lain boleh membantu kita
melainkan tiga perkara itu
tetapi cukupkah itu sahaja?
bagaimanakah jika anda meninggal sebelum berkahwin?
jika anda meninggal ketika masih tidak berbuat amal yang banyak?
jika masih tidak menderma?

anda fikirlah
anda fikir sedalam-dalamnya

untuk mendapat kemenangan yang dijanjikan Allah
kita perlu hidup kerana Allah
bukan hidup kerana persepsi manusia lain
jangan fikirkan persepsi manusia lain
lakukan perkara yang diredhai Allah sahaja dan tinggalkan larangan-Nya

ya
memang susah
tetapi jika kita benar inginkan perubahan
insya-Allah Allah permudahkan urusan kita
jangan setelah tahu hakikat dunia hendak kiamat
tudung masih tidak pakai,masih tidak sembahyang

saya ini pun tidak sempurna
tetapi sekadar mengingatkan diri sendiri juga
kepada yang membaca
sampaikan pesanan ini kepada orang lain juga
kerana saya yakin tidak ramai yang akan membaca artikel ini

sesungguhnya yang baik datang dari Allah
dan buruk itu dari kelemahan saya sendiri
semoga kita semua sedar perkara ini
mari berubah diri
kaji semula Al-Quran
kerana di situ ada segala jawapan bagi segala permasalahan kita

dan penuhilah dada kita dengan ilmu
ini tidak
baru ditanya soalan pelik-pelik oleh orang bukan Islam
yang mungkin mereka itu bertanya kerana berminat terhadap Islam
kita sudah menggelabah seperti telur penyu
tidak tahu jawapan
masa itu baru hendak bertanya ustaz
kenapa kita tidak sentiasa mempersiapkan diri dengan ilmu?
kenapa tanggungjawab menjawab persoalan agama
diberi hanya kepada ustaz
padahal kita semua dilahirkan sebagai khalifah Allah di muka bumi
jangan begitu
persiapkan diri dengan ilmu
jadi role-model kepada orang lain

jangan asyik leka dengan hiburan
orang yang tidak tahu kebenaran
mereka tentulah leka
tetapi bagi kita?
sebarkanlah kebenaran
janganlah kita ini menjadi umat Islam akhir zaman
yang hanya beragama melalui kata-kata
(bermaksud umat Islam yang hanya bersemangat ketika syarahan agama)
tetapi selepas itu tiada sebarang tindakan pun diambil

jangan begitu ya saudara-saudaraku
kita lelaki Islam
remaja Islam
patutnya kita yang mengambil tanggungjawab ini dari bapa-bapa kita
menjadi pemimpin
bukannya kita memanjakan diri kita
dengan aktiviti-aktiviti tiada akal sahaja
come on bro,wake up

Ya Allah
bantulah kami Ya Allah
Amin.

semoga apa yang hendak disampaikan difahami oleh anda semua
jika saya salah
betulkan saya

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.

No comments:

Post a Comment